Wednesday, June 10, 2009

Kembali Dari Sebuah Kematian



Kali terakhir saya berkarya di blog ini ialah pada 6 Jun lalu. Pada malam itu isteri saya yang kelihatan 10 tingkat lebih mahir dalam bidang IT ingin membuktikan kemahirannya dengan melakukan sesuatu bagi menjadikan PC saya lebih laju. Hasilnya pada keesokannya (7 Jun) PC saya koma terus!


Sejak itu saya tak dapat berkarya lagi. Lalu terpaksa bawa PC menemui doktor pakar yang nampaknya tidaklah begitu pakar sangat. Dua hari PC saya cuba dirawatnya, walaupun PC sudah okey, tapi masalah streamyx yang gagal berfungsi tidak dapat diatasi. Terpaksa minta bantuan TM, itu pun pada mulanya gagal juga dihubungkan talian streamyx walau dicuba banyak kali. Syukur alhamdulillah, petang ini baru streamyx dapat berfungsi semula. Tapi semua rekod dalam PC termasuk bokmarks sudah padam. Hari ini mungkin belum dapat berkarya, esok insyaallah.

Selama tidak dapat berkarya jiwa terasa kosong. Selama itu tidak dapat baca berita dalam media alternatif dalam internet, tidak dapat baca blog. Selama itu saya bergantung sepenuhnya kepada berita dalam TV untuk mengetahui perkembangan dunia, yang walaupun ia dari sumber tiga suku, terpaksa juga ditelan. Tangan rasa gatal untuk memacu keyboard dan memaparkan idea dalam blog, tapi apa boleh buat, streamyx bermasalah. Tanpa menulis, jiwa seperti terasa mati. Biarlah orang tak baca apa yang ditulis dalam blog ini, tapi tanpa menyalurkan apa yang dirasa dalam kata-kata dalam blog terasa jiwa seperti benar-benar mati. Mujur dalam tempoh 'kematian idea' itu sempat bercuti seketika ke Pulau Pinang. Dapat juga melupakan kekecewaan tidak dapat menulis.

Alhamdulillah, kini streamyx dapat berfungsi semula. Terasa seperti baru kembali dari sebuah kematian!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.