Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan Tidak Penting Bagi Kepimpinan PAS!


Saf kepimpinan baru PAS telah diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK Pusat sebentar tadi dengan Datuk Mustafa Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan Bendahari. Manakala bekas naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat, manakala bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.


Pelantikan Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh TG Haji Hadi.

Namun isu yang diharap ada satu kenyataan rasmi dari kepimpinan PAS iaitu mengenai kerajaan perpaduan tidak pula disentuh langsung dalam mesyuarat hari ini. Mungkin bagi TG Haji Hadi dan kepimpinan PAS isu yang sedang menjadi polemik di peringkat akar umbi itu tidak penting untuk diberi perhatian buat masa ini. Jika ia penting pasti satu kenyataan mengenainya telah dikeluarkan tadi. Mungkin bagi kepimpinan PAS biarlah ahli-ahli buat andaian masing-masing mengenainya sehingga akhirnya mereka diam selepas jemu bercakap mengenainya!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.