Wednesday, June 3, 2009

Mahalnya 'Bahan Buangan' Dari Punggung Obama!!

http://lh6.ggpht.com/fisherwy/R-fxKGV-sdI/AAAAAAAAOKI/H2fkDnqoFl0/Barack+Obama+and+Wife+Michelle+picture%5B5%5D.jpg

Terkejut beruk saya apabila terbaca berita mengenai Presiden Obama yang membawa isterinya Michelle untuk makan malam istimewa dengan kos keseluruhan bernilai RM157,000 untuk satu malam sahaja! Makan malam istimewa Obama untuk isteri kesayangannya itu adalah sebagai menunaikan janji kepada Michelle jika beliau memenangi jawatan presiden Amerika.

RM157,000, RM157,000!! Saya sukar membayangkan apa yang boleh dimakan dengan harga RM157,000 itu untuk satu malam saja. Saya cuba bandingkan diri saya yang sekali sekala membawa isteri dan anak-anak untuk makan malam di luar rumah. Biasanya kos makan malam saya jika setakat makan nasi ayam, nasi pattaya, sate atau nasi berhidang istimewa bersama minuman jarang-jarang pernah melebihi RM60.00. Jika pergi makan di Pizza Hut pun tidak pernah melebihi RM100.00 itu pun sudah kekenyangan macam hendak pecah perut!

Saya cuba bayangkan jika saya dan keluarga gunakan wang RM157,000 itu untuk makan pizza dengan harga sekitar RM100.00 untuk satu malam. Aduhai...saya terpaksa menunggu 4 tahun 4 bulan bagi menghabiskan wang sebanyak RM157,000 itu, jika setiap malam makan pizza bernilai RM100.00! (Tapi jika setiap malam makan pizza, saya yakin belum pun masuk bulan keenam saya sudah berada di hospital kerana pelbagai komplikasi penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan ginjal kerana kandungan 'racun' yang begitu banyak dalam pizza).

Lalu sampai kini saya masih tertanya-tanya apa yang mampu dimakan atau makan kedarah oleh Obama dan Michelle yang nilainya hingga RM157,000 itu? Saya tidak pasti atau lebih tepat saya tidak tahu! Yang saya tahu, selepas makan malam, sebahagian besar sisa-sisa makanan yang tidak diperlukan lagi oleh badan akan keluar pagi esoknya dalam tandas!! Jadi jika Obama dan isterinya boleh makan sehingga RM157,000 satu malam bermakna 'bahan buangan' yang keluar dari punggung Obama dan isterinya itu bernilai RM157,000!! Mahalnya benda busuk Obama dan Michelle itu!!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.