Tuesday, June 30, 2009

Mahkamah Rayuan: Mahkamah Boleh Dengar Rayuan Anwar

http://kvc.minbuza.nl/files/images/jul07_anwaribrahim.jpg

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ia boleh mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kes liwatnya hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, ketika menolak bantahan awal pendakwa, berkata di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu boleh dirayu.

Mahkamah kemudian menetapkan esok untuk mendengar merit rayuan itu.

Hakim Abdull Hamid yang bersidang bersama hakim Datuk Abu Samah Nordin dan hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan permohonan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah, bagi penangguhan prosiding berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi sehingga selesai rayuan.

"Esok kedua-dua pihak perlu ke sini (Mahkamah Rayuan). Sila beritahu hakim Mahkamah Tinggi bahawa anda akan ke sini esok. Tak apa, anda oleh menyebut nama saya," kata Abdull Hamid.

Esok, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar permohonan awal Anwar supaya pihak pendakwaan menyediakan beberapa bahan termasuk rakaman asal televisyen litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di kondominium berkenaan, sampel DNA dan kenyataan saksi-saksi, termasuk pengadu, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

(Sumber: Bernama)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.