Sunday, June 14, 2009

Mukhriz: Chin Peng Bukan Seorang Komunis, PKM Bukan Parti Komunis!

Mukhriz: Sapa kata Chin Peng komunis, dia bukan komunis!

Ingatkan selepas media dan blog-blog kitab heboh dengan cerita kerajaan perpaduan, tidak akan berbangkit lagi cerita mengenai Chin Peng. Tapi rupanya cerita mengenai Chin Peng tidak habis di situ saja. Jika sebelum ini yang mengeluarkan ide itu ialah orang kuat Gerakan, kini orang kuat PKR, Anwar Ibrahim pula yang mengeluarkan ide yang serupa kelmarin. Dan hari ini giliran orang kuat Umno pula yang memberi komen apabila Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyelar kenyataan Anwar yang menyokong kepulangan Chin Peng ke negara ini. Kata Mukhriz kenyataan Anwar itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghargai dan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera yang terkorban dan ada yang cacat seumur hidup angkara kekejaman PKM.

"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan.

Saya tidak berminat berbincang sama ada wajar Chin Peng dibenarkan pulang atau tidak seperti ramai rakan-rakannya yang lain dalam PKM yang dibenarkan pulang ke Malaysia. Saya hanya tertarik dengan kenyataan Mukhriz bahawa Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperi kemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenar. Tapi saya juga tidak mahu komen kenyataan beliau bahawa Chin Peng seorang yang rasis dan tidak berperi kemanusiaan kerana banyak versi pro dan kontra mengenainya.

Yang saya ingin komen cuma kenyataan Mukhriz bahawa Chin Peng tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenar. Bila Mukhriz berkata Chin Peng tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenar bermakna Mukhriz memang mahir tentang falsafah komunisme. Mungkin Mukhriz pernah membaca buku-buku mengenai komunisme yang ditulis oleh pelopor komunisme seperti Karl Marx, Frederich Angels, Vlademir Lenin, Leon Trotsky, Stalin dan lain-lain yang di dalamnya sarat dengan idealisme komunis 'yang sebenarnya'. Mungkin Mukhriz juga dalam hal ini secara diam-diam memang meminati komunisme, siapa tahu?

Jika Chin Peng bukan pejuang komunis yang sebenar seperti dakwaan Mukhriz, bermakna PKM yang dipimpinnya juga mungkin bukan parti komunis yang sebenar. Jika PKM bukan parti komunis yang sebenar, adalah tidak munasabah sehingga kini Malaysia masih menganggap komunisme sebagai satu idealogi yang tidak sesuai dengan iklim politik negara ini. Jika PKM juga bukan parti komunis yang sebenar, kita tidaklah perlu lagi memusuhi idealogi komunis dan memusuhi mereka yang berjuang untuk mendirikan negara komunis di negara ini. Jika itulah faktanya bahawa Chin Peng bukanlah seorang pejuang komunis yang sebenar dan PKM bukan parti komunis yang sebenar, saya ingin mengesyorkan kepada Mukhriz supaya mencadangkan dalam mesyuarat MT Umno akan datang atau mana-mana forum lain yang bersesuaian agar sejarah Malaysia perlu ditulis semula bagi membersihkan nama Chin Peng dan PKM yang selama ini dikaitkan dengan komunisme. Ini semua perlu dibuat kerana seperti kata Mukhriz, Chin Peng bukanlah seorang komunis sebenar dan PKM juga bukan parti komunis sebenar!

- pendikar gunung kriang

5 comments:

Pak Oncu said...

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha BRAVOOOOOOOO BRAVOOOOOOOOOO

SSPlaya said...

Sape mukriz? botak chin ?
Aha, kalu die brani la nak revise balik sejarah malaysia!

F.Aswan said...

very interesting!

Anonymous said...

woi bodoh..dia banyak membaca sebab nak ambil pengetahuan kat situ,nak bezakan yg mana baik buruk...bukan mcm korang semua ni..baca,kemudian percaya buta tuli je...orang banyak membaca la orang yg pandai..tu sebab dulu mak bapak suruh kita rajin membaca,rajin belajar..baru kita pandai...tak jadi pengiku bodoh je..paham semua????

Anonymous said...

chin ping tu kaki main bontot

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.