Thursday, June 11, 2009

Muktamar Tajaan Umno: Apa Kata Kepimpinan PAS?



Nampaknya Muktamar Pas ke-55 baru-baru ini mencipta banyak rekod. Belum pun selesai isu kerajaan perpaduan, tiba-tiba Malaysiakini semalam mendedahkan cerita 12 pemimpin tertinggi parti itu telah ditaja penginapan mereka oleh individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan Umno.


Belum pun selesai pemimpin-pemimpin Umno bertepuk tangan kegirangan melihat bisik-bisik akar umbi PAS bertelagah mengenai isu kerajan perpaduan, kini mereka bertepuk sekali lagi lebih kuat dengan pendedahan Malaysiakini itu.

Kepimpinan tertinggi PAS terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden perlu menghentikan bisik-bisik dan polemik mengenai isu-isu yang boleh menggugat perpaduan PAS itu. Justru satu kenyataan rasmi perlu dikeluarkan mengenainya. Kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan perlu dibuat segera bagi memastikan kekusutan di peringkat akar umbi dapat dirungkaikan. Jangan terus berdiam diri begitu lama kerana perpaduan parti perlu dipertahankan, apalagi ketika PRK Manek Urai semakin dekat menanti di hadapan.

- pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

nampak sgt kebelakangan nih para ulama n pemimpin tertinggi pas dah bercakap stail ulama umno... jap kata tak nak, jap kata nak pulak... jap kata boleh, jap kata tak boleh, jap kata kena taat pemimpin tetapi diri sendiri tak hormat pemimpin yang lebih alim dan berpengalaman dari dia! apa laaaa

aku tak faham apa yg perwakilan fikirkan masa membuat pemilihan hari tuh tapi yg jelas pada aku sebagai 'penyokong pas dalam diam' nih terasa mereka semua nih dah mula hilang 'keikhlasan' dalam memperjuangkan islam, perlahan-lahan dah gila kuasa. Cuma harap2 andaian aku nih salah.

aku yg pengikut tegar pas pun dah rasa 50-50 sekarang nih

nasihat aku pada diri aku sendiri dan para pemimpin pas ialah HIDUP INI SINGKAT AJE...

Anonymous said...

MCA menegaskan bahawa rundingan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno - bila menjadi kenyataan - akan membawa kepada penubuhan negara Islam di Malaysia.
"Pada masa yang sama, mewujudkan senario di mana hanya orang Melayu menganggotai kerajaan manakala bukan Melayu akan menjadi barisan pembangkang," kata jurucakap MCA, Lee Wei Kiat hari ini : selanjutnya di sini

Anonymous said...

Aku pun penyokong tegar Pas. Berpindah ke mana pun, Pas juga yg aku pangkah bila tiba p-raya. Jika kawasan itu Pas tak tanding, aku pangkah kawan-kawan Pas.

Tapi kalau kali ni Pas berpadu dengan Umno, aku antara orang pertama yg akan menggugurkan sokongan aku kepada Pas. Aku benci dengan orang Pas yg bercakap ala-ala Umno yg gila kuasa tu, baru diberi kepercayaan sikit dah berangan-rangan nak tubuh kerajaan dengan penyamun tarbus cap keris tu. Aku tak kan hormat dengan orang ala-ala gila kuasa, tak kiralah dia geng profesional atau geng ulamak yang kepalanya berbelit serban 20 lapis.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.