Tuesday, June 30, 2009

Najib Nak Jual Malaysia: Apa Kata Pewaris, Pekida, Pekasa?















Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat beberapa pengumuman penting ketika merasmikan Invest Malaysia 2009 ke arah meliberalisasikan lagi dasar ekonomi 1Malaysia. Namun saya lebih tertarik kepada dua pengumumannya. Pertama, beliau mengumumkan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham sedia ada akan ditingkatkan dari 45% kepada 70%. Kedua, menggugurkan keperluan menyediakan 30% ekuiti Bumiputra dalam dasar pemilikan saham penyenaraian awam dan menggantikannya dengan penawaran 50% (baca: penawaran, bukan pemilikan) saham penyenaraian awam kepada pelabur Bumiputra.

Saya nampak kedua-dua dasar ini merugikan rakyat Malaysia. Dasar pertama merugikan pelabur Malaysia, manakala dasar kedua merugikan pemilikan modal Bumiputra. Pasti lepas ini berpusu-pusulah orang asing terdiri dari kaum pemodal Barat, Jepun, Korea dan lain-lain terjah Malaysia. Semasa mentor kepada Najib - Tun Dr Mahathir - menjadi PM dahulu beliau cuba menyekat kemasukan berlebihan modal dan ekuiti asing kerana dikhuatiri akan terbentuk satu penjajahan ekonomi order baru. Kini apa yang dikhuatirinya hampir menjadi kenyataan di bawah pengurusan 1Malaysia anak muridnya yang bernama Najib itu - beliau membuka ruang seluas-luasnya untuk kemasukan modal asing .

Saya tertunggu-tunggu respons NGO-NGO Melayu @ NGOk Melayu yang menganggotai kongsi gelap bernama Pekida @ Pukida, Pekasa @ Pekasam, Prowaris @ Pronajis dan lain-lain NGOk mengenai dasar baru ini. Dulu mereka bukan main aktif lagi menentang kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin PR yang dikatakan merugikan Melayu dan negara. Kini masa depan Melayu dan negara benar-benar diperjudikan oleh PM 1Malaysia yang bernama Najib itu. Adakah ahli-ahli NGOk Melayu itu akan keluar beramai-ramai ke jalanraya esok, lusa dan seterusnya dengan memakai baju Melayu hitam bagi membantah kenyataan Najib itu? Bagaimana dengan Naib Cansellor UiTM, adakah professor misai tebal itu akan mengerahkan ribuan anak didiknya ponteng kelas berdemonstrasi menentang Najib yang jelas menghina Melayu dan 1Malaysia?

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

///

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.