Thursday, June 18, 2009

Najib Terlupa Sultan Johor Bukan Altantuya!


Kerajaan belum membuat keputusan berhubung pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan kerana, sebelum dilaksanakan, satu kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia memberi faedah atau tidak kepada kedua-dua negara.

"Ini bukan keputusan muktamad lagi dan kita akan mengambil langkah untuk membuat kajian dulu, selepas kajian kemungkinan dibuat, kita kena tengok sama ada jambatan ini bermanfaat atau tidak," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin, Serian, di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Iskandar, hari ini yang tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur.

(Sumber: BHarianOnline)

pendikar gunung kriang: Eh...eh...hari tu Najib buat kenyataan macam projek itu benar-benar nak dilaksanakan. Tidak pula disebutnya keputusan belum muktamad. Apa yang disebut Najib ialah Malaysia dan Singapura sepakat untuk membina jambatan ketiga yang menghubungkanbtimur Johor dan republik berkenaan. Kos pembinaan jambatan ditanggung oleh kedua-dua negara dan Nor Mohamed Yakcob telah diarah mencari juruperunding bagi melaksanakan projek berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Singapura.

Hari tu kata lain, hari ni Najib kata lain pula, mengapa.... malu ke, Najib, projeknya tak diterima Sultan? Kesian Najib, kesian mentornya Dr Mahathir. Pak Lah tentu seronok mendengar berita ini.

Itulah Najib, lain kali kena tanya tuan tubuh dulu sebelum nak buat apa-apa terhadapnya. Sultan Johor bukan macam Altantuya boleh diletupkan sesuka hati!

1 comment:

Anonymous said...

good one

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.