Monday, June 15, 2009

Nikmati Manohara Di Sumedang Pada Harga RM1.72!


Nama Manohara yang kononnya didera oleh kerabat diraja Kelantan bukan sahaja sekadar popular dalam media Malaysia dan Indonesia, tapi kabarnya namanya juga popular di seluruh pelusuk negara berpenduduk seramai 250 juta orang itu, termasuk di desa-desa pedalaman Indonesia.

Saya terbaca satu artikel menarik daripada satu blog di negara jiran itu mengenai kuasa magik nama Manohara yang dikatakan dapat menarik perhatian penduduk. Ini termasuk di sebuah kota kecil di Sumedang, Jawa Barat sehingga ada peniaga gerai yang menamakan makanan hidangannya sempena nama Manohara, termasuk Goreng Ayam Kampung Manohara. Lihat foto di atas, betapa 'deraan' terhadap Manohara ada hikmahnya yang dapat membawa rezeki tambahan kepada sebahagian penduduk Indonesia.

Harga jualan goreng ayam Manohara yang dijual di warung itu tidaklah semahal mana, cuma 5,000 rupiah atau kira-kira RM1.72 sahaja. Sangat murah, kan? Jadi jika anda hendak menikamati kelazatan Manohara (maksud saya Goreng Ayam Kampung Manohara), pergilah ke Sumedang, anda boleh menikmatinya pada harga semurah RM1.72!

Baca seterusnya laporan dari blog berkenaan:

Foto Seksi Manohara Dugem Manohara...deraannya membawa rezeki kepada rakyat marhaen......


Sumedang, Jawa Barat:
Tarik pembeli dengan ayam Manohara! Ini disadari seorang pengusaha ayam goreng di Sumedang, Jawa Barat, baru-baru ini. Subur melabeli usahanya, Ayam Goreng Manohara. Nama Manohara diambil dari nama model cantik Manohara Odelia Pinot yang kisah pilu pernikahannya dengan Pangeran Kelantan Tengku Temenggong Muhammad Fakhry sekarang ini ramai diberitakan.

Tak hanya nama yang menarik pembeli. Harga promosi juga membuat warung ini laris manis. Seporsi ayam goreng kampung lengkap dengan nasi dan lalapan dihargai Rp 5.000. Hasilnya, omzet Rp 2 juta per hari.(BOG/ANS)

(Sumber: http://berita.liputan6.com/)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.