Monday, June 15, 2009

Nizar DLL Buktikan Kesepaduan, Bukan Kerajaan Perpaduan!


Mungkin sukar untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di negara ini. Yang paling mudah diwujudkan ialah barisan perpaduan, pakatan parpaduan, atau apa-apa lagi yang menyebabkan perpaduan digembeling dan diwujudkan serta merta apabila keadaan memerlukan.


Dan itulah yang telah dibuktikan berlaku hari ini di Parlimen. Tiba-tiba sahaja perpaduan erat di antara PAS, PKR dan DAP telah berlaku secara spontan sebaik sahaja Datuk Seri Nizar diusir keluar dari Parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat. Tanpa diarah sesiapa, semua wakil rakyat Pakatan Rakyat( PR) berpadu suara menyatakan bantahan terhadap keputusan jelik speaker itu.

Akibat kesepaduan pendapat itu, 7 orang Ahli Parlimen PR termasuk DS Nizar dan 6 yang lain telah diusir keluar dari Parlimen dan digantung dari menghadiri sidang selama dua hari. Enam Ahli Parlimen lain yang turut digantung ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dari DAP serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai) dari PKR manakala tiga dari PAS iaitu wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Dr. Mohd. Hatta Ramli (Kuala Kerai) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Apa yang disuarakan oleh akar umbi ahli PR memang benar, kita tidak perlukan kerajaan perpaduan, sama ada kerajaan perpaduan Umno-PAS atau kerajaan perpaduan BN-PR. Kita hanya perlukan kesepaduan pendapat dan tindakan antara semua wakil rakyat dan penyokong PR dalam menangani sesuatu isu.

Hari ini 7 wira itu telah melakukannya di Parlimen, ia bukannya kerajaan perpaduan, tapi kesepaduan pendapat dan tindakan. Dan BN tidak boleh menghalang kesepaduan yang sama diwujudkan lagi di masa-masa hadapan.

- pendikar gunung kriang

6 comments:

Anonymous said...

Happynya DAP, tergelak terbahak-bahak dpt gunakan nizar dan PAS

Pak Oncu said...

MCA DAN MIC SERTA GERAKAN DAN JUGA PPP dah lama memperkuda kan UMNO,,,, apa macam ado komen dari ekau anon June 15, 2009 6:54 PM

Anonymous said...

walaupun diperkuda umno tetap diatas...xde istilah perkuda pun kat situ aku rase... ni mmg nampak terang-terangan pas diperkuda dgn jayanya okeh dap..lebih2 lagi si nizar gila kuasa tu...
komen dari ko pulak pok oncu aku nk dgr....

Ibnuhadar said...

Salam
Walaupun UMNO di atas, tindak tanduk, tetap MCA dan MIC yg control.

toyu said...

berjuang tetap berjuang. prinsip tetap ada. walo dimana. walo apa ketika.

semutapi said...

Yang hanpa dok bertekak dengan anom tu buat apa. Aku tak respect langsung dengan anom-anom ni, sebab mereka jenis tak der telur, takut nak beri nama, walaupun sekadar nama samaran! Setengah anom tu bukan tak tau dia ada blog sendiri, tapi kerana tak der telur lalu sembunyi di sebalik nama anom...ha...ha...ha....dasar orang tak der telur!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.