Thursday, June 4, 2009

Patutlah Bumbung Runtuh, Disahkan Belum Siap!!

Timbalan Pengarah JKR Negeri Terengganu, Ghazali Hashim mengesahkan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin belum memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan oleh JKR. Katanya mengikut prosedur, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja sebelum sesuatu bangunan boleh digunakan. "Kita masih menunggu komen dari pihak kontraktor berhubung keupayaan struktur bumbung stadium tersebut sebelum mengeluarkan sijil itu", katanya.

Jadi, apa niii, apa sudah jadi....JKR masih menunggu komen kontraktor mengenai keupayaan struktur bumbung, tapi belum apa-apa lagi ia sudah digunakan sejak setahun dulu. Jadi bumbung itu runtuh bukannya salah JKR, kerana jabatan itu belum mengesahkan ianya selamat untuk digunakan. Yang salah ialah pihak yang mengarahkan binaan yang belum disahkan selamat itu digunakan. Tapi siapa orang itu? Dalam hati saya sudah boleh teka siapa pihak yang begitu berkuasa itu! Bagi pihak yang membuat arahan itu apa yang penting stadium itu perlu diggunakan bila tiba waktunya. Jika gagal digunakan, jatuhlah air mukanya, malu besarlah dia. Orang politik mana boleh tahan dimalukan!

Berdasarkan pengalaman saya yang berurusan dengan banyak agensi kerajaan, banyak kejadian nasihat agensi teknikal tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa berlaku. Ia bukan berlaku di satu negari, tapi di banyak negeri, di semua negeri barangkali! Ia sudah jadi seperti perkara biasa, sudah jadi seperti amalan buat dulu kemudian baru sahkan siap. Tapi jika tak jadi apa-apa tak apalah, bila sudah runtuh seperti bumbung stadium itu baru masing-masing sibuk menuding jari sesama sendiri. Tapi ketika itu nasi sudah jadi bubur yang tumpah memenuhi lantai stadium, tak guna lagi!


- pendikar gunung kriang

2 comments:

malaysia baru said...

Setakat kita boleh hormat dgn JKR kerana tidak luluskan ikut cakap orang politik...walaupun ada sebahagian kecil pegawai yg makan rasuah dari kontraktor.

Fa-T said...

saya suka article ni....

masyarakat masih tidak memahamii tekanan politik ke atas kakitangan teknikal JKR

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.