Friday, June 12, 2009

Rusuhan Di Penjara Sg Buluh: Macam Prison Break


Malaysiakini
melaporkan enam orang banduan yang tangannya masih bergari cedera parah selepas dikatakan dibelasah oleh 10 pengawal penjara di Penjara Sungai Buloh semalam. 14 banduan lagi yang cedera ringan tidak diberi rawatan perubatan.


Badan hak asasi manusia, Suaram mendakwa, sejumlah 20 banduan dibelasah tetapi pihak berkuasa penjara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, individu yang menjawab panggilan telefon, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawainya tidak akan memberi komen kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Suaram menggesa Jabatan Penjara supaya menyediakan segera rawatan perubatan kepada banduan-banduan yang cedera. Badan itu juga menggesa kerajaan supaya menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian itu.

Wah, hebat juga penjara kita, ada kisah pergaduhan warden dan banduan pula, macam cerita dalam siri drama prison break lagaknya. Tapi jika hingga 10 cedera parah dan 14 cedera ringan ia bukan kes ringan lagi. Itu sudah jadi kes berat seolah-olah sudah seperti rusuhan di penjara yang sering berlaku di negara-negara Barat. Yang anehnya banduan yang merusuh itu bergari tangannya. Saya bukan hendak membela banduan, tapi memukul orang yang digari tangannya adalah satu perbuatan yang sangat memalukan.

Alahai Malaysia tanah airku. Mungkin rusuhan di penjara seperti yang pernah berlaku di negara Barat adalah petanda awal Malaysia semakin menghampiri tahap negara maju?

9 comments:

Pak Oncu said...

yer yer yer malaysia sebuah negara maju,,,,,, tapi tingkah laku masih mundurrrrrrrrr jauh ke belakang,,,,,,,

Anonymous said...

sebar fitnah pon kira macam org mundur jugak.. saya pegawai penjara yang terlibat, jgn main tembak je ckp.

Anonymous said...

macam mana ko tahu???ko keja penjara ke??masa kejadian ko ada kat situ ke??ko tak tahu betapa bahayanya keja sebagai pegawai penjara..

Anonymous said...

kepala hotak kau berjambul.. kau tau betapa seksanya kami jaga banduan.. tak pernah kami buat begitu.. kami yg teruk dibelasah oleh bdn.. bila kami ditumbuk , ditendang, diludah, di maki oleh bdn siapa nak bela kami.. kau org tau ka???.... nak pukul w/pun peruntukkan undg2 membenarkan tp pendekatan berunding kami gunakan.. hangpa apa tau.. tau nak salahkan org aje.. kami pukul pun kerna hak kami mempertahan kan diri.. nak tembak pun boleh jika dibenarkan dan diperuntukkan... sampah diberi kpd kami kami boleh bentuk emaslah kawan.. tp kalau mereka nak jadi sampah beterusan .. apa kami boleh buat..????

Anonymous said...

peg penjara 24 jam bertugas.. risiko berbagai bagai.. lebih hebat dr polis.. askar.. gaji??? sapa mau tengok.. syukurlah.. bodek2 ni tak mainlah .. kerja w/pun perit tetap dilaksanakan dgn ikhlas dan berbakti.. cuma bantulah kami dlm memperjuangkan kenaikan gaji. YB2 semua yg pentingkan permasalahan rakyat.. hargailah juga perasaan dan pengorbanan kakitangan jabatan penjara.. kalau tak dua belah mata, guna satu mata pun cukuplah..

Anonymous said...

macam-macam belaku di penjara yang ditutup cerita sebenarnya.... ada pegawai yang mencuri barang banduan pun ada.. Apatahlagi, ada yang memukul, maki banduan. Diruang depan menujukan semuanya bersih dan cekap, tapi di dalam penjara semula lain. Bukan semua pegawai yang mengamalkan kelakuan buruk tapi ada antaranya. Pihak Sukaham perlu membuat lawatan kerap bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

Anonymous said...

cara bagi komen pegawai penjara pun kurang sopan... apatak lagi dalam penjara...

ariq irfan said...

maafkan berkata2..kalau korang berada di situsi pegawai penjara baru korang tahu apa yg diorang rasa.Kita org awam jgn temberang je cakap sbb tugas diorang kita xnampak depan mata.Saya doakan anda berada di anatra satu situasi BAnduan @ Pegawai Penjara. baru korang pertikaikan.TQ

Anonymous said...

jangan nak slahkan pegwai pnjara...kerja diorang berisiko tinggi...jumlah banduan lebih ramai darpada pegawai...ganas2 pulak tu....kalo awak kena tumbuk terajang dengan baduan nak tgok sja ke....bukan salah diorag...diorg cuma nak pertahankan diri....lenkali pikir teliti dan rasai dulu apa yg mereka rasai sebelum nak menuduh diorg.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.