Tuesday, June 16, 2009

Sapa Punya Kerja Buang Kad Pengenalan Banyak-Banyak Tu?


View Image

Pemuda PAS mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti setelah diadukan kepada polis 8 Jun lalu.


"Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

"(Ini) kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita."

Beliau menambah, laporan polis itu dibuat exco Pemuda PAS Johor, Za'aba Ibrahim di balai polis Skudai dua hari selepas kad pengenalan itu ditemui.

Pemuda PAS mempertikaikan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada di tempat pembuangan sampah sedangkan tiada kesan dokumen tersebut telah dilupuskan.

"Saya difahamkan kad pengenalan tersebut perlu dipotong atau ditunjukkan bukti bahawa ia dilupuskan,” kata Khairul Faizi, yang dilantik penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS hari ini, dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Tetapi keaadaan kad pengenalan ini sangat cantik keadaannya, tidak ada ciri-ciri ia dilupuskan."

pendikar gunung kriang: Polis perlu siasat segera kes pembuangan kad pengenalan itu termasuk ia kerja siapa dan mengapa ia dibuang. Bukan apa, takut nanti ada yang mengaitkannya dengan isu pengundi hantu, apa lagi PRK Manek Urai kian hampir.

1 comment:

Rantong said...

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.