Wednesday, June 24, 2009

Sembah Derhaka Dari BN Johor Terhadap Sultan

http://images.brainnoodles.com/2008/barisan_nasional.gif

NUSAJAYA: Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dengan Timur Johor kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari negeri ini ke negara jiran hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan.

Datuk Abdul Halim Suleiman (BNPuteri Wangsa) berkata sebuah negara tidak sepatutnya mempunyai terlalu banyak pintu keluar masuk ke negara jiran kerana menyukarkan kawalan keselamatan hingga boleh menjejaskan ketenteraman rakyat.

"Saya menyokong pembinaan jambatan ini kerana banyak manfaatnya daripada segi ekonomi. Tetapi, kerajaan perlu berfikir panjang dengan mengadakan rundingan pelbagai pihak terutama sekali Sultan Johor sebelum meneruskan pembinaannya," katanya dalam perbahasan usul menjunjung titah ucapan Sultan Johor pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ketika menyampaikan titah perasmian Sultan Johor, Sultan Iskandar menyatakan bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor seperti diumumkan kerajaan bulan lalu.

Beliau berkata perkara yang turut perlu difikirkan kerajaan untuk membina jambatan tersebut adalah bagaimana kapal dagang hendak berlabuh di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

"Ini semua muslihat yang perlu difikirkan demi kepentingan generasi masa depan. Saya tidak mahu generasi masa depan menyalahkan kita atas apa yang berlaku," tegasnya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.