Saturday, June 27, 2009

Siapa Patut Minta Ampun Kpd Allah - TG Nik Aziz Atau Umno?

http://images.arielion33.multiply.com/image/4/photos/upload/300x300/SJjjJwoKCmwAABEZTOI1/taubat-sujud.png?et=rTMP8RVO5dprXhgSpz%2CLQQ&nmid=109100176

Berita Harian Online melaporkan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, perlu memohon ampun kepada Tuhan kerana kenyataannya menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis. Muhyiddin selanjutnya berkata sebagai ulama yang disegani, Nik Aziz harus sedar perbuatan itu berdosa tetapi terpulang kepada Mursyidul Am Pas itu untuk memastikan sama ada ia dosa besar atau kecil.

Saya tidak tahu siapa yang patut memohon ampun kepada Allah, TG Nik Aziz atau Ustaz Muhyiddin yang bercakap mewakili Umno. Siapa yang patut minta ampun kepada Allah kerana membunuh 14 orang dari Kampung Mamali yang baru lepas solat subuh pada November 1985? Siapa yang patut minta ampun kepada Allah kerana selepas setengah abad berkuasa Umno yang berteraskan Islam dan Melayu itu masih membenarkan judi, arak dan segala macam maksiat berleluasa di negara ini? Siapa yang patut minta ampun kepada Allah kerana selepas setengah abad berkuasa enggan membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan kepada orang-orang Islam di negara ini?

Siapa yang patut minta ampun kepada Allah atas perilaku pemimpin-pemimpin Umno yang pernah menyindir dan menghina hukum Allah dan sunnah Rasul? Siapa yang patut minta ampun kepada Allah kertana gagal melaksanakan amanah rakyat selama setengah abad dengan melakukan pelbagai kesalahan demi kesalahan, kesilapan demi kesilapan, kemungkaran demi kemungkaran dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung atau tak langsung; disedari atau tidak disedari?

Alahai ustaz Muhyiddin, selepas melihat wajah sendiri dicermin, lakukan solat sunat taubat sebanyak mungkin dengan penuh ketulusan selepas ini!!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.