Thursday, June 18, 2009

Sudah Siapkah Anda Hadapi Perang Dunia Ketiga 2010-2014 ?

http://www.sztab.com/tapety/covers/world-war-3.jpeg

Percaya atau tidak, tapi ramalan ini sungguh mengerikan. Seorang peramal dari Bulgaria bernama Vanga, yang dikatakan setaraf dengan Nostradamus atau peramal terkenal Valdes, mengatakan, perang dunia ke 3 akan meletus pada November 2010.

Vanga lahir 1911 dengan nama Vangelia Pandeva Dimitrova. Setelah berkahwin namanya bertukar menjadi Vangelia Gushterova.

Menurut Vanga, perang dunia ke-3 ini pada mulanya hanya antara negara tetangga di Eropah yang kemudiannya berkembang menjadi besar dan melibatkan banyak negara, diikuti perang nuklir dan senjata kimia. Perang dunia ketiga ini akan berlangsung selama empat tahun, hingga 2014.

Akibatnya sungguh mengerikan: perang ini menghancurkan hampir semua kehidupan di sebelah utara bumi, khususnya Eropa yang penduduknya nyaris musnah keseluruhannya. Benua Eropah diramalkan hanya didiami hanya sedikit orang selepas perang kerana ramai yang terbunuh akibat perang dahsyat itu.

Perang Dunia kali ini tidak seperti perang dunia I dan II. Kali ini kecanggihan teknologi persenjataan, nuklir, kimia, dll, menghancurkan semua, bukan hanya pasukan tentera yang terlibat dalam perang tapi juga masyarakat yang tidak berdosa turut menanggung akibatnya. Setelah perang, hampir kesemua penduduk dunia akan mengalami penyakit kanser kulit dan penyakit kulit lainnya akibat penggunaan senjata kimia dan nuklir.

Pada awalnya, perang tersebut hanya perang antara negara tetangga sekitar Eropah yang bermula pada November 2010. Tidak lama kemudian, perang itu merebak pantas melibatkan banyak negara, dan mencapai kemuncak apabila perang nuklir dan senjata kimia mula berlaku. Perang Dunia ke III ini akan selesai menjelang Oktober 2014.

Berikut ialah rentetan perang mengikut ramalan Vanga:

November 2010: Perang Dunia Ketiga meletus.

2011: Akibat perang, hujan radioaktif akan menghancurkan hampir semua kehidupan di Utara bumi. Kebanyakan penduduk Eropah akan musnah dan menghadapi ancaman dari orang-orang Islam yang akan menggunakan senjata kimia bagi menghabiskan saki baki mereka.

2014: Sebahagian besar penduduk dunia akan menderita kanser kulit dan penyakit kulit lainnya akibat penggunaan bahan radioaktif.

2016: Penduduk Eropa tinggal sedikit sahaja, benua itu semakin lengang dan hampir tidak didiami manusia.

2018: Cina akan tampil sebagai negara kuasa besar baru, yang memiliki kekuasaan besar di dunia. Negara yang kini menjadi kuasa besar dunia di Eropah bertukar menjadi negara yang ditakluki.

2023: Orbit tanah akan berganti

2025: Kesan perang masih terasa, penduduk Eropah masih berkurangan.

(Disesuaikan dari sumber asal: http://www.mukabumi.com/)

pendikar gunung kriang: Umat Islam dilarang mempercayai ramalan dari tukang tilik. Ramalan Vanga itu bagaimanapun boleh dijadikan sumber ilham kepada prodesur filem untuk pembikinan sebuah filem yang hebat dan menarik. Sekurang-kurangnya minda dapat santai seketika dan melupai sejenak dari memikirkan masalah negara dan dunia yang sungguh merimaskan ini.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.