Thursday, June 11, 2009

Tabik Spring Kepada Guan Eng!!!

http://media1.malaysiakini.com/151/4f3df5f82c9606c5dbf73dae3ee3f565.jpg

Tidak lama lagi satu lagi PRK baru mungkin diadakan ekoran perletakan jawatan ADUN Jawi, Tan Beng Huat, yang didakwa terbabit dengan kes penyelewengan tuntutan yang sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ADUN pada hari ini. Bagaimanapun, surat tidak bertarikh itu hanya akan berkuat kuasa sekiranya siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan itu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, berkata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang mengarahkan sendiri supaya surat berkenaan disediakan. Nampaknya DAP sungguh proaktif dan tidak berkrompomi langsung dengan sesuatu yang ada kaitannya dengan rasuah walaupun jumlah yang terlibat terlalu kecil - RM2,000 sahaja. Ia berbeza dengan parti kaya yang memerintah Malaysia itu yang masih berdolak dalik dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat mereka yang diketahui ada kes rasuah dengan nilai suapan yang jauh lebih besar. Malah ada yang masih kekal dengan jawatan Menteri Besar tanpa ada sedikit pun rasa malu kepada rakyat yang sedang mentertawakan mereka.

Dalam hal rasuah ini nampaknya Lim Guan Eng dan DAP menunjukkan mereka cakap serupa bikin. Tabik spring kepada Guan Eng!!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.