Monday, June 1, 2009

Tahniah Minah Ronggeng Kerana Menang Besar!!

Siapa kata Mak Cik Minah Ronggeng yang banyak bikin cerita lawak itu kalah di Penanti? Mak Cik Minah tak kalah di Penanti. Jangan hina Mak Cik Minah yang hampir jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan kata-kata dia kalah. Mak Cik Minah tak pernah kalah.

Mak Cik Minah mendapat undi pos terbanyak di Penanti. Mak Cik Minah dapat 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Dr Mansor (2) dan Nai (0). Mak Cik Minah dapat undi pos 6 kali ganda dari Dr Mansor. Jadi siapa kata Mak Cik Mihah kalah? Mak Cik Minah menang, dia menang besar undi pos.

Malam ini Mak Cik Minah boleh menari ronggeng hingga masuk waktu subuh. Dia sangat gembira kerana menang besar undi pos. Hanpa gila kalau tak ingin ucap tahniah kepadanya.


Oleh: pendikar gunung kriangjj

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.