Wednesday, June 24, 2009

Terima Kasih Guan Eng Kerana Cakap Serupa Bikin



Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang benar-benar berusha untuk membina sebuah pentadbiran awam yang bersih. Sejajar dengan itu, seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily, Kerajaan Negeri akan menyumbangkan RM10,000 sebagai Anugerah Integriti kepada setiap kakitangan sektor perkhidmatan awam negeri ini jika mereka berani tampil mengenengahkan kepincangan, pembaziran, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kewangan kerajaan yang mengakibatkan kerugian wang awam atau mengurangkan hasil negeri. Selain daripada menerima wang tunai RM10,000 mereka yang terlibat juga akan diberikan cenderamata, sijil penghargaan dan lain-lain ganjaran yang sesuai.

Menurut satu kenyataan media Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam, pemberian itu selaras dengan pengumuman Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan pentadbiran yang telus daripada sebarang amalan yang boleh merendahkan pandangan awam terhadap kerajaan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mngenai penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya boleh dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri. Utuk memastikan kesahihan laporan yang diterima, satu jawatankuasa panel telah dibentukyang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri sendiri.

Syabas Kerajaan Negeri Pulau Pinang, syabas Guan Eng, syabas kepada semua saf kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bukan sahaja setakat bercakap mengenai pentadbiran kerajaan negeri tanpa rasuah, tetapi benar-benar cuba melaksanakannya. Membikin bukanlah sesuatu yng mudah, ramai pemimpin BN kita sejak setengah abad yang lalu hanya cakap tak serupa bikin.

- pendikar gunung kriang

3 comments:

tok_gajah said...

Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

Anonymous said...

Memalukan!Selepas setengah abad merdeka masih ada warga negara ini yang bercakap mengenai perkauman sempit melayu, cina dan india.Di Indonesia yang ada lebih 100 suku kaum itu tidak pula pernah terdengar perbincangan dalam media mereka mengenai perkauman Jawa, Batak, Sunda, Banjar, Bugis, Flores, Aceh dan sebagainya.Di Singapura juga tidak pernah terdengar orang Cina menulis dalam media mereka mengenai perkauman Cina dan sebaliknya.Begitu juga di negara lain, kecuali Israel yang begitu megah dengan perkauman Yahudinya.Mungkin tok gajah adalah serpihan perkauman Yahudi yang tersesat jalan memasuki malaysia.Sepatutnya tok gajah tinggal di Tel Aviv bersama-sama dengan mereka yang sealiran fikiran perkauman dengannya.

Pak Oncu said...

bila dah terlalu banyak makan TAHI PALAT PEMIMPIN umno tu lah pasal jiwa dan minda mereka tak akan terbuka,,,,,,

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.