Monday, June 22, 2009

UG: Carik-Carik Bulu Ayam, Musang Nangis Sepanjang Malam

Syukur alhamdulillah, akhirnya polemik UG yang kadang-kadang tiba ke tahap yang begitu UGLY itu sudah berakhir. Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum semula. Lupakan perbalahan lalu, bersatu sederap mara ke depan.

Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula. Semua penyokong PAS dan PR boleh tidur lena malam ini. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum semula. Ayam jantan boleh berkokok lebih garang mulai kini. Yang sedang bersedih ialah sang musang yang gagal memerangkap sang ayam. Musang bergelar Umno itu pasti sukar melelapkan mata malam ini.

Syukur alhamdulillah.....Jom tumpukan perhatian kepada Manek Urai!

Sekali lagi: syukur alhamdulillah!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.