Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan: Harap Kita Tidak Keterlaluan!!



Saya terjumpa di dalam blog zahidyusuf logo di atas dan terus buat salinan dalam blog ini. Saya membuat salinan dalam blog ini bukan kerana bersetuju dengan idea yang disampaikan tetapi sekadar peringatan bahawa dalam keadaan marah manusia bisa hilang pertimbangan dan melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan. Sebab itu di puncak kemarahan ada orang yang biasanya sangat baik sanggup melakukan pembunuhan.


Kepada mereka yang diangkat menjadi pemimpin, kita berharap mereka dapat melakukan sesuatu bagi mengembalikan perpaduan jemaah. Jangan tinggalkan jemaah yang sedang diamuk amarah kerana implikasinya terhadap kekuatan dan kesatuan parti sangat besar. Sebagai pemimpin saya percaya anda tidak ingin melihat PAS berpecah menjadi BERJASA dan HAMIM seperti yang pernah berlaku dahulu. Usah fikirkan lagi tentang kerajaan perpaduan, fikirlah terlebih dahulu tentang bagaimana hendak mewujudkan perpaduan dalam PAS dan PR itu sendiri.

Kepada sahabat yang sedang diamuk kemarahan (termasuk diri saya sendiri), semoga Allah melindungi kita dari bertindak tidak waras dan keterlaluan sehingga meletakkan pemimpin-pemimpin kita di dalam keadaan hina dan memalukan.

- pendikar gunung kriang

1 comment:

AKU ANAK GURUN said...

Saya setuju, tetapi Usul yang diluluskan dalam perhimpunan tentang SIS nak dipinda juga aduhhhh semuanya bagi ruang untuk UMNO/BN menghentam di Manek Urai

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.