Thursday, June 18, 2009

UG: Shut-Up! Shut-Up! Shut-Up!!



Sejak dulu saya sangat menyampah dengan isu kerajaan perpaduan (UG) ini. Bukan saja menyampah, tapi kadang-kadang di peringkat rasa macam nak muntah dengan idea meloyakan itu. Jika memang ikhlas nak wujudkan UG, ia bukan datang dari parti pembangkang, ia patut datang dari parti pemerintah, parti yang mendapat majoriti mutlak di Parlimen. Itulah yang pernah terjadi di Britain, di Palestin, di Zimbabwe dan di Indonesia yang pernah diperintah secara UG. Parti pemerintah yang berkuasa dalam negara menjemput parti lain berkongsi kuasa dan terpulanglah kepada part-partii lain dengan persetujuan ahli-ahlinya untuk menerimanya atau tidak gagasan itu.

Tapi yang berlaku di Malaysia ini lain pula. Pemimpin parti yang tidak berkuasa di peringkat Persekutuan yang terhegeh-hegeh dan merengek-rengek meminta diwujudkan UG. Nampak sangat pemimpin itu kehausan kuasa, meminta ketika orang lain belum tentu bersedia menghulurkannya.

Tapi yang menjadikan saya sering nak termuntah ialah melihat kepada pasang surut idea UG ini. Lepas muktamar PAS selesai tempohari, presiden parti mengeluarkan kenyataan akan tetap kekal dalam PR. Ingatkan isu UG sudah selesai, tetapi tiba-tiba apabila presiden parti berada di luar negara, ada pula suara yang masih menyokong, masih merengek-rengek meminta diwujudkan UG. Lalu isu yang sudah sejuk dipanaskan semula. Bukan salah ahli, salah pemimpin sendiri yang tidak boleh tutup mulut, suka merengek-rengek, suka meminta-meminta. Seperti nampak sangat ada yang benar-benar haus dan ketagih UG hingga selagi belum disajikan secangkir kopi cap UG oleh musuh, tidak akan hilang kehausannya.

Tidak bolehkah mereka yang ketagihan kopi cap UG itu berhenti sekejap berbicara tentang UG? Tidak bolehkah berhenti bercakap sebentar, diam sebentar mengenai isu yang meloyakan tekak ini? Ada agenda lain yang yang lebih besar memerlukan perhatian kalian di hadapan, selain dari UG. Tidak bolehkah, tidak boleh diamkah lepas ini?

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.