Friday, June 12, 2009

Ulamak Sial, Penipu dan Stupid?

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/04/haji-hadi6.jpg

Sejak kecil saya diajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Sejak kecil saya diajar untuk menghormati mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Sejak kecil saya diasuh untuk menghormati ulamak. Sebab itu saya sedih apabila akhir-akhir ini ulamak dicerca dengan bahasa yang tidak sesuai dengan kedudukan mereka. Segalanya berpunca dari isu kerajaan perpaduan (UG). Saya juga ada memberi komen mengenai UG tapi saya cuba menjauhi dari mengeluarkan bahasa yang tidak sesuai dan kelihatan keterlaluan. Ini kerana saya sentiasa menyedari siapalah saya manusia yang kurang ilmu agama ini berbanding ulamak.


Dan sebentar tadi saya terbaca dalam blog adukataruna komen berikut mengenai TG Haji Hadi:
"Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.
  • Penipu punya ulama sial. Kata DAP dan PKR dah setuju.
  • Stupid punya ulama. Benda mentah dipublish guna media.
Apalah malangnya PAS memiliki Presiden sesial ini? Terengganu dah mengalami kesialan selama 2 penggal. PAS pula telah mengalami sekali."

Memang ulamak juga manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Seperti kebanyakan blogger yang saya baca luahan hati mereka, saya juga tidak sependapat dengan TG Haji Hadi, Ustaz Nasha dan Mustapha Ali mengenai kerajaan perpaduan. Namun menggunakan perkataan kesat seperti sial, penipu dan stupid adalah tidak kena dengan budaya Melayu dan akhlak Islam. Saya harap Allah menjauhi kita dari mengulangi kesilapan yang sama dalam menilai mereka yang lebih tinggi ilmu agamanya dari kita.

Kepada kepimpinan PAS sekali lagi saya berharap agar dapat melakukan sesuatu bagi menyelesaikan kemelut berkaitan UG ini. Kenyataan TG Haji Hadi petang semalam belum cukup kukuh untuk merungkai kekusutan mengenai UG. Jemaah peringkat akar umbi ingin satu kenyataan tegas dari kepimpinan parti dalam bahasa yang mereka fahami. Kepimpinan parti tidak boleh kata masalah selesai tapi pahat masih berdentum dentam di sana sini.

- pendikar gunung kriang

5 comments:

Pak Oncu said...

Tuan Pendekar Gunung Keriang, sayo pun tak setuju sumpah seranah dan maki hamun ni,,, tetapi Hadi Awang, Nasha and the team yang mahu kan diri mereka di maki hamun dan mahu di sumpah seranah,,, Fikir Fikir kan lahhhh.....

jeebond said...

Bro.. Itu adalah luahan hati yang mewakili kebanyakan penyokong setia pas.. Rasa sedih dan kecewa yang amat sangat dengan tingkalaku dan perbuatan pimpinan yang seakan-akan mengkhianati penyokong dan pengundi yang setia menyokong pas selama ini seolah-olah telah dikhianati.. Apatah lagi yang mengkhianti itu bukan sembarangan manuasia.. Ulama pulak tu.. Itu semua menunjukkan masih ada lagi sekelumit kasih sayang mereka terhadap parti Pas ini.. Biarkan lah kekecewaan itu diluahkan sepuas-puasnya..

toyu said...

Tuan PGK,

Akibat dari kemarahan yg melampau maka itulah hasilnya. Takdan nak brek dah ucapan kata kata tu. Cuih keluaq cam tu.

pendikar gunung kriang said...

pak oncu, jebond dan toyu,

Saya memahami kemarahan anda, kerana saya pun berkongsi perasaan yang sama. Cuma saya rasa kita para bloggers perlu bertindak secara lebih sopan dan matang supaya mereka yang di seberang sana yang kini sedang mentertawakan kita menghentikan ketawa mereka.

Semoga apa yang terjadi punya hikmahnya tersendiri dalam meniti arus perjuangan yang masih panjang ini....

Anonymous said...

TGHH pun apa kurangnya mencelakakan orang lain.
Mugkin yang berlaku kini ialah musibah yang dtg kepadanya kerana "sunnatullah" tidak akan berubah sampai kiamat.

"apa yang kita beri kita akan peolehinya balik"
justeru itu berhati-hatilah...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.