Wednesday, June 3, 2009

Untuk Menteri RM9 Hanya Seperti Tahi Gigi!!!

http://www.ngvinstaller.com/wp-content/uploads/2008/06/proton-taxis-teksi-ngv.jpg


Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mencadangkan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk teksi dan bas. Bagi teksi kenaikannya sebanyak 30 peratus di mana kadar tambang setiap 150 meter dinaikkan daripada 10 sen kepada 13 sen, sementara kadar tambang permulaannya pula ditambah daripada RM2 kepada RM3. Sementara itu, kadar bayaran bagi meter teksi juga dinaikkan daripada 10 sen untuk 45 saat kepada 13 sen untuk 27 saat.

Menyentuh mengenai kadar tambang bas, Mohamed Nazri berkata kadar tambang baru itu akan membolehkan operator pengangkutan awam mendapat keuntungan optimum untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa membebankan penumpang.

Seperti kata Nazri, kenaikan 30% tambang pengangkutan awam itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan IA TAK AKAN MEMBEBANKAN PENUMPANG!

Entah berapa kali kerajaan janji buat itu buat ini untuk tingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam tak tahulah. Bila harga petrol naik gila-gila dulu pun kononnya sebahagiannya hendak digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Tapi rakyat tak dapat rasakan mutu perkhidmatan awam naik, yang rakyat benar-benar rasakan hasil kenaikan petrol ialah kenaikan hampir semua harga barangan.

Mungkin hasil dari kenaikan tambang pengangkutan awam ini peniaga akan menaikkan lagi harga barangan yang sudah tinggi itu supaya menjadi lebih tinggi lagi. Biasalah bagi si-kapitalis orang tengah, orang atas dan orang bawah itu, cari alasan saja untuk naikkan harga barang! Tapi syukurlah, seperti kata Nazri, kenaikan 30% itu sedikit saja, ia tidak akan membebankan penumpang. Ya lah, jika dulu tambang RM10 hanya jadi RM13, jika dulu tambang RM20 hanya jadi RM26, jka dulu tambang RM30 hanya jadi RM39; jadi naik cuma setakat RM9 aje bagi setiap RM30. Apalah nilainya RM9 bagi seorang menteri kan, macam tahi gigi aje, tak da nilai!! Sebab itu Nazri kata kenaikan tak akan membebankan penumpang. Lain ler kita rakyat marhaen ni, RM9 boleh lepas minum pagi untuk satu keluarga sederhana.

Aduhai Nazri!!!

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.