Thursday, July 23, 2009

Pemuda MIC Pulau Pinang Lepas Gian Tumbuk Orang



Lama juga tak dengar cerita orang MIC bertumbuk sama sendiri, malah memecah kerusi yang lazimnya berlaku dalam mesyuarat MIC. Bagi orang MIC yang telah lama tak tumbuk orang tu, tentu amat gian melepaskan tumbukan tidak kira siapa pun sasarannya.

Dan hari ini Pemuda MIC Pulau Pinang dihidangkan peluang bagi melepaskan gian menumbuk orang di KOMTAR. Ini terjadi ketika rombongan Pemuda MIC yang ingin menyampaikan memorandum mengenai isu Kg Buah Pala kepada Kerajaan Negeri di 'boo' oleh sekumpulan orang ramai di KOMTAR yang menyaksikan gelagat lucu mereka. Tersinggung dengan 'boo' yang diterima di samping mungkin sudah lama gian tidak tumbuk orang (kecuali keluarga dan anak isteri), pemuda-pemuda MIC tersebut bertindak membelasah orang ramai yang mem'boo' mereka. Tindakan tidak profesional Pemuda MIC itu menyebabkan polis terpaksa dipanggil bagi meredakan keadaan.

Kepada gerombolan Pemuda MIC atau sesiapa saja kalangan politik yang sudah lama tidak tumbuk geng dalam satu parti yang sama atau parti lain, dinasihatkan agar simpan saja penumbuk mereka yang sebahagiannya bukan padu sangat pun (kerana banyak sangat makan lemak, kaborhaiderat dan rempah ratus dalam jamuan anjuran parti atau kerajaan). Jari jemari penumbuk itu jika dibuka boleh menjadi tangan yang sangat berguna bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan anda dan bukan mencederakan mereka.

~ pendikar gunung kriang

Wednesday, July 22, 2009

Nah, Kena Hang Sebiji Zambry Dengan TG Nik Aziz!!!

llll

Saya nak tergelak membaca kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai cabaran Menteri Besar Kudeta Perak, Dr Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Seperti dilaporkan BERNAMA, ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak. Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambry) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Nah, padan muka hang Zambry, kena sebiji dengan Tok Guru!!

~pendikar gunung kriang

Tuesday, July 21, 2009

Pooorah....1Malaysia Kepala Bapa Hang, Noh!!!

http://farm1.static.flickr.com/34/71476929_580c15e1e7.jpg?v=0

Agak terkejut saya apabila membaca kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dalam Beritaharian Online sebentar tadi bahawa berkuat kuasa serta-merta, semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri yang dikuasai pembangkang (termasuk Perak!). Yang menjadi saya terkejut kerana ketika ada suara-suara dalam Umno menyeru diwujudkan negara 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan ada pula menteri yang membuat dasar memecah belahkan masyarakat, memecah belahkan negara. Ketika ada suara-suara dalam Umno-BN yang mahu dikurangkan politiking untuk memberi fokus kepada pembangunan negara, ada pula menteri yang masih mencanangkan agenda perpecahan rakyat yang sudah lapuk itu.


Noh memberi alasan yang sangat mengelirukan bahawa kerajaan negeri di lima negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. Seolah-olah Noh cuba berkata kerajaan PR selama berkuasa hampir satu setengah tahun ini tidak pernah membantu petani, peladang dan nelayan. Benarkah begitu Noh, atau ia cuma untuk menekan pihak lain bagi memastikan mereka tunduk kepada pihak yang menganggap partinya lebih berkuasa? Jika selama berkuasa belum dua tahun ini kerajaan-kerajaan negeri PR tidak membantu petani, peladang dan nelayan, mengapa mereka memberi sokongan besar kepada PR dalam setiap edisi pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini?

Ketika menjemput anak yang balik sekolah sebentar tadi, kebetulan saya bertemu dengan rakan yang juga merupakan ketua sebuah agensi pertanian negeri. Ketika saya meminta pandangannya berhubung arahan Noh itu, rakan itu membebel panjang diikuti dengan luahan amarah, "Hari-hari depa (menteri) cakap pasai 1Malaysia, aku pun kena cakap pasai 1Malaysia juga di depan petani. Tapi kalau benda kecik macam ni pun menteri tak boleh faham, 1Malaysia apa? Nak handle negeri di bawah PR pun Noh tak mampu, 1 Malaysia apa...pooorah.... 1 Malaysia kepala bapa dia!!!"

~pendikar gunung kriang

Sunday, July 19, 2009

Betul Kata TPM, Ahli Umno Patut Masuk Sekolah Balik!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin dalam pertemuan dengan ahli Umno Shah Alam petang tadi dilaporkan meminta ahli Umno perlu balik ke sekolah untuk belajar semula. Ini penting, katanya dalam usaha mengembalikan semula semangat perjuangan ahli-ahli Umno yang kelihatan semakin luntur. Bagi 'menghantar semula ahli Umno ke sekolah', buat permulaan ahli Majlis Tertinggi parti itu bakal menghadiri kelas khas di Janda Baik sedikit masa lagi.


Saya menyokong penuh saranan Muhyiddin supaya ahli Umno perlu balik ke sekolah untuk belajar semula. Ini kerana kenyataan ahli-ahli Umno terutama pemimpin-pemimpin mereka akhir-akhir ini memang macam percakapan orang yang tidak pernah bersekolah, sungguh low class minded!! Yang terbaru lihat sahaja kenyataan mereka mengenai kes kematian Teoh Beng Hock, adakah patut Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Umno kata pemimpin PR sengaja mempolitikkan isu kematian Beng Hock? Perkara yang disentuh oleh pemimpin PR ialah kematian tragis Beng Hock, manusia apa namanya kita jika soal sebesar itu didiamkan saja? Yang mati itu bukannya semut, bukannya tungau, bukannya ayam, bukannya babi, tapi seorang manusia! Jika Khir Toyo mati di dalam keadaan itu siapa berani kata Muhyiddin akan mendiamkan diri saja?Pasti semua pemimpin Umno akan melompat jika yang terkena itu batang hidung saudara mara, rakan taulan sendiri!

Melihat kepada kenyataan-kenyataan tidak cerdik pemimpin-pemimpin Umno itu, sebenarnya bukan sahaja ahli Umno biasa yang perlu ke sekolah semula, tapi TPM dan PM sendiri perlu masuk sekolah balik. Mereka perlu diajar semula ilmu agama, sejarah dan sivik bagi menanamkan semula rasa belas kasihan dan peri kemanusiaan terhadap sesama insan, biar pun orang itu bukan ahli parti mereka.

~ pendikar gunung kriang

Saturday, July 18, 2009

Misteri Kehilangan Telefon Bimbit Teoh Di Pejabat SPRM



Dalam era digital ini peranan telefon bimbit tidak setakat sebagai alat komunikasi semata. Tapi di dalam telefon bimbit tersimpan berbagai data nota dan rekod, koleksi gambar, koleksi lagu, maklumat peribadi pemiliknya dan sebagainya. Sebab itu apabila telefon bimbit seseorang hilang, dia akan menggelabah. Tapi apa pula halnya jika seseorang yang baru meninggal dunia kehilangan telefon bimbitnya?

Itulah yang terjadi kepada mendiang Teoh Beng Hock yang disedari kehilangan telefon bimbit selepas kematiannya. Dan yang paling istimewa, kehilangan itu berlaku di dalam bangunan SPRM - agensi yang kerjanya menyoal siasat orang yang masih hidup. Apa yang istimewa sangat dengan telefon bimbit Teoh hingga mengakibatkan kehilangannya? Apakah keistimewaan telefon bimbit Teoh terletak kepada bukti-bukti penting yang boleh dikaitkan dengan kematian beliau seperti data panggilan keluar - masuk terutama menjelang kematiannya, maklumat sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Teoh dan lain-lain?

Apapun SPRM perlu bertanggung jawab di atas kehilangan telefon bimbit Teoh kerana ia berlaku di dalam bangunan miliknya. Mungkin SPRM akan berkata mereka tidak tahu menahu mengenai kehilangan telefon bimbit Teoh. Mungkin SPRM akan berkata maklumat-maklumat penting yang tersimpan di dalam telefon bimbit Teoh, tidak penting untuk mereka. Mungkin SPRM akan berkata anggota-anggota SPRM baik-baik belaka dan tidak kebulur untuk mencuri telefon bimbit Teoh. Tapi rakyat juga bebas membuat pelbagai tanggapan terhadap SPRM dan kehilangan telefon bimbit Teoh berdasarkan puluhan atau ratusan rekod-rekod tidak menyenangkan yang terpalit di badan agensi bebas yang tidak bebas itu.

~ pendikar gunung kriang

Pandangan Profesional:Teoh Sudah Mati Sebelum Terjatuh!

Sejak kematian mengejut Setpol seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock 2 hari lepas, banyak teori punca kematiannya diceritakan. Namun satu hakikat - hampir tiada yang percaya Teoh membunuh diri. Saya sendiri sudah bercakap dengan puluhan orang dan setakat ini belum seorang pun yang berani berkata pemuda itu telah dengan sengaja mengambil nyawanya sendiri. Malah ada yang sangat yakin pasukan penyiasat SPRM sendiri yang 'menjatuhkan' Teoh!

Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.

Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.

"Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu.

"Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya.

"Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."

Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh olehSPRM.....

~ pendikar gunung kriang

Friday, July 17, 2009

Ini Kes Lebih Teruk Dari Teoh: Ambil Cap Jari Pun Boleh Mati!!


Kes kematian dalam tahanan berlaku lagi, berjangkit macam selsema babi! Begitulah yang terjadi di negara 1Malaysia ini. Kelmarin dilaporkan kemataian Teoh Beng Hock, Setpol seorang Exco Selangor yang meninggal dunia dalam tahanan SPRM. Hari ini BERNAMA melaporkan pula kematian seorang penagih dadah yang sedang menjalani tahanan reman di bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Sentul di sini yang tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.


R Gunasegaran, 31, pengsan semasa proses merekod cap jari antara jam 6.45 hingga 7 petang, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira jam 7.40 malam.

"Tiada kekerasan dilakukan terhadap mangsa dan juga tahanan lain. Mereka hanya melalui proses soal siasat biasa," kata sumber polis.

Jadi pada jam 7 petang, cap jari Gunasegaran diambil dan beliau meninggal dunia pada jam 7.40 malam, iaitu 40 minit lepas cap jarinya diambil.Ambil cap jaripun boleh mati?

Jika ada yang semalam berkata SPRM itu hebat, PDRM pun apa kurangnya. PDRM juga hebat kerana tidak perlu terjatuh atau dijatuhkan dari bangunan, lepas ambil cap jari pun boleh mati!! Mudahnya Teoh mati, mudahnya Gunasegaran mati, kedua-duanya mati ketika disoal siasat.

~ pendikar gunung kriang

PM & Hadiah Ke-13nya Yang Paling Puaka & Celaka!!

View Image

Ketika menyambut hari ke-100 sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 hadiah untuk rakyat Malaysia. Baru semalam hadiah ke-12 menyusul apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk bas dan teksi.

12 hadiah dari PM nampaknya belum cukup bagi mengsengsarakan rakyat Malaysia. Hari ini BERNAMA melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, iaitu tarikh yang sama kenaikan tambang pengangkutan awam. Beliau berkata, kenaikan tarif letrik tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara. Jadi kenaikan tarif letrik itu jika dilaksanakan boleh dianggap sebagai hadiah ke-13 dari Perdana Menteri kepada rakyat sempena pemerintahannya yang telah melampaui 100 hari itu.

Jika hadiah ke-12 hanya mengsengsarakan pengguna pengangkutan awam, hadiah ke-13 ini bakal mengsengsarakan hampir kesemua rakyat negara ini kerana hampir kesemua rumah di Malaysia menggunakan bekalan letrik TNB.

Angka 13 itu sendiri bagi sesetengah orang dianggap sebagai angka puaka dan celaka, angka yang cuba dihindari hingga untuk mendapatkan plat nombor 13 dari JPJ tidak memerlukan persaingan sengit seperti nombor-nombor tertentu terutama yang membabitkan angka 8. Justru, hadiah ke-13 dari Najib untuk rakyat ini boleh dianggap sebagai hadiah yang paling puaka dan paling celaka. Mana tidak puaka dan celakanya, kerana kenaikan tarif letrik itu akan menjadi pemangkin kenaikan-kenaikan lain, terutama harga barangan yang bakal membebankan pengguna yang nafasnya sedang semput dijerut oleh ketidak tentuan ekonomi negara yang belum pulih ini.

Jika pada minggu hadapan kabinet meluluskan kenaikan tarif letrik ini, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana belas ihsannya yang tergamak memberi rakyat hadiah ke-13 paling puaka dan paling celaka itu!!

~ pendikar gunung kriang

Thursday, July 16, 2009

Kematian Exco Setpol Selangor: Semakin Jelas Ia Bukan Kes Terjatuh!!

Rupanya Setiausaha Politik (Setpol) Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini hari ini sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok.

Justru, kematian mengejutnya di pejabat SPRM menimbulkan seribu misteri. Ada yang berkata dia membunuh diri. Adakah seseorang yang bakal menyambut hari bahagianya esok harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang dan meninggalkan mereka yang tersayang, sehari sebelum hari bahagia itu? Ia benar-benar seperti bukan kes terjatuh bangunan, tetapi kes lain.....

SPRM perlu membuat kenyataan yang masuk akal dan lebih bertanggung jawab sedikit mengenai kejadian-kejadian sebelum kematian Teoh. Ini kerana sesiapa yang pernah menjalani siasatan dahsyat polis dan SPRM memahami kesan psikologi ketika disiasat. Lalu kenyataan-kenyataan lawak dan tidak masuk akal SPRM seperti yang tersiar sejurus sebelum ini tidak menjawab misteri kematiannya.

~ pendikar gunung kriang

Setpol Exco Selangor - Terjatuh, Menjatuh Atau Dijatuhkan?



Apa yang pasti Setiausaha Politik (Setpol) Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Yang masih tidak pasti ialah bagaimana beliau terbunuh. Berita rasmi berkata dia terjatuh. Tapi ada pula yang berkata dia sengaja menjatuhkan diri. Yang lebih mengejutkan ada yang berkata dia 'dipaksa' atau 'didorong' seseorang atau sekumpulan orang untuk menjatuhkan diri, malah 'sengaja dijatuhkan'.

Itu yang pasti dan tidak pasti. Yang sudah tentu ialah SPRM tidak akan menyiasat kes bekas MB Selangor dan bekas Exco Selangor yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka tidak disiasat kerana mereka memakai baju cap dacing yang kalis siasatan, walaupun salah laku yang mereka lakukan sudah diketahui ramai orang sejak bertahun-tahun yang lalu dengan nilai yang sangat besar.

Bayangkan jika Khir Toyo yang disiasat, adakah dia juga akan terjatuh, menjatuhkan diri atau didorong menjatuhkan diri?

~ pendikar gunung kriang

Bukti Rakyat Didahulukan : Semuanya Naik, Naik dan Naik



Baru sebentar tadi kerajaan mengumumkan beberapa kenaikan tambang teksi dan bas, antaranya :


- Tambang teksi naik dari RM2 kepada RM3
- Tmbang bas sekolah naik RM6.33 -
- Tambang bas henti-henti naik dari 25 sen kepada 70 sen

- Tambang bas expsess naik 2 sen sekilometer
-Tambang bas mini naik 20 sen

-Tambang bas pengantara naik 20 sen

Tahniah kepada kerajaan kerana telah menghadiahkan sesuatu yang begitu berharga kepada rakyat Malaysia sempena hari ulangtahun ke-100 Najib menjadi P)erdana Menteri. Tahniah,tahniah, tahniah....rakyat didahulukan, tambang dinaikkan!!!

~ pendikar gunung kriang

Terkini: Permohonan Anwar Diluluskan Mahkamah

Mahkamah Tinggi di sini, petang ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwatnya daripada pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata sampel DNA bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari tidak dibenar diserahkan kepada pihak pembela kerana ia sudah dimeterai selepas dianalisis Jabatan Kimia.

(Sumber: beritaharian online)

Tuesday, July 14, 2009

Jambatan MU Telah Diterbangkan Balik Dengan Heli Ke KL



Kabarnya jambatan berharga antara RM7 hingga RM10 juta yang dijanji Muhyiddin untuk didirikan di Manek Urai telah diterbangkan semula ke Kuala Lumpur malam ini dengan semua skru-skrunya sekali. Sebaik sahaja berita BN tewas di Manek Urai, Muhyiddin diberitakan mengerahkan petugas-petugas BN untuk memasukkan semua bahan binaan jambatan itu ke dalam helikopternya untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Bagi sesiapa yang ingin melihat jambatan itu dari dekat boleh pergi ke kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri kerana ia di tempatkan di situ. Kabarnya buat sementara jambatan itu bakal diletakkan berdekatan bilik tidur utama yang digunakan oleh Muhyiddin. Jika tidak dapat tidur kerana merindui Manek Urai, Muhyiddin sesekali akan menjuntaikan kakinya di jambatan tersebut untuk mendapatkan idea-idea baru bagi mengurangkan rasa kecewa selepas tewas 6-1 dalam beberapa siri PRK selepas PRU ke-12.

~ pendikar gunung kriang

Ramalan Tajuk Berita Utusan Meloya, Berita Hairan Esok

Fakta PRK Manek Urai ialah:

- Undi majoriti Pas merosot sebanyak 1,287 iaitu dari 1,352 kepada 65 undi
- Jumlah undi diraih Pas menurun dari 5,746 kepada 5,348 undi atau merosot 398 undi
- Jumlah undi diraih BN meningkat dari 4,394 kepada 5,283 atau kenaikan 889 undi

Media arus perdana yang akan diterbitkan esok pasti akan memperlekeh berita kemenangan Pas malam ini dengan pelbagai tajuk besar. Mungkin tajuk yang akan dipaparkan esok ialah:

- Undi majoriti Pas merosot 1,287
- Pas gagal tambah undi majoriti
- BN tambah 889 undi
- BN semakin diterima rakyat

BN pernah menang dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini dengan kemeosotan majoriti. Ulasan pak Menteri bisanya yang lunak-lunak belaka, misalnya menang majoriti 1 undi pun tetap merupakan satu kemenangan. Tapi bila Pas menang adakah Muhyidin akan berkata, "Walaupun Pas menang dengan majoriti tipis, ia tetap satu kemenangan"?.
Jangan harap Muhyiddin akan berkata begitu!!!


~ pendikar gunung kriang

Jika BN Menang Majoriti 1 Undi...


Keputusan rasmi kemenangan Pas dalam PRK Manek Urai dengan majoriti 65 undi sudah diketahui sejak jam 8.40 malam. Tapi TV3 cuma memaparkan di nota kaki berita mendebarkan itu pada jam 9.30 malam. Maknanya selepas 50 minit baru mereka yang bergantung berita dengan siaran TV mengetahui berita yang penuh suspens itu.


Seperti biasa jika yang menang dalam PRK ialah PR, ia hanya akan dipaparkan di nota kaki TV sahaja. Itu pun tidak lama, lebih kurang 3 minit saja paparan itu.

Bayangkan jika BN menang, tak kisahlah dengan majoriti 100, 10 atau 1 undi pun, pasti TV memaparkan berita itu dalam pendekatan yang berbeza. Ia pernah berlaku sebelumnya (sebelum PRU ke-12) - ketika lazimnya BN akan mumncul sebagai pemenang dalam setiap PRK. Ketika itu, sebaik saja keputusan rasmi diketahui bahawa BN menang, siaran TV akan dihentikan seketika untuk membawa penonton ke dewan penjumlahan undi. Lalu dipaparkan pengumuman rasmi keputusan PRK oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang menyatakan BN menang sambil lensa kamera menyoroti saat-saat bersejarah kepada calon BN yang menang itu.

Tapi yang menang malam ini ialah Pas. Seperti PRK-PRK sebelum ini yang dimenangi oleh PR, ia tidak menjadi berita penting kepada TV, kerana TV kita bukanlah memaparkan berita penting rakyat, ia cuma memaparkan berita penting untuk BN. Kerana itulah tiada siaran langsung bila PR menang. Kerana itulah jika BN menang dengan 1 undi sahaja, layanannya berbeza, ada siaran langsung.

Apapun, tahniah kepada Pas kerana menang. Tahniah juga kepada BN kerana berjaya menambah 889 undi berbanding PRU-12.

~ pendikar gunung kriang

Pas Menang, Husam Sudah Masuk Pusat Penjumlahan Undi

Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS memperoleh kemenangan tipis dengan undi majoriti 65 untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Setakat pukul 8.40 malam, pemimpin-pemimpin PAS termasuk Ahli Jawatankuasanya, Datuk Husam Musa sudah mula memasuki pusat penjumlahan undi.

8.30 Malam: Majoriti Pas 36 Undi

8.30 malam: PAS 4,335 undi, BN 4,299 undi. Beza 36 undi. Jumlah berdasarkan 23 daripada 28 peti undi.

Terkini 8.15 mlm: majoriti 209

PAS peroleh 3,471 undi, BN peroleh 3,262 undi. Perbezaan majoriti sebanyak 209 undi.

7.45 malam - BN menang majoriti 31

Ketika keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai sepatutnya sudah diketahui, pengiraan semula undi pula kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) juga menang dengan undi tipis - dalam lingkungan 31 hingga 38 undi.

Oleh itu belum ada pemenang yang jelas.

Justeru, setakat 7.45 malam tadi pengiraan semula undi sedang berlangsung di kebanyakan saluran mengundi.

mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah telah menang dengan 106 undi walaupun pada sebelah tengah hari tadi ada yang mengatakan PAS boleh memperoleh majoriti 2,000 undi.

Penjumlahan undi dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 dekat sini.

Pada awalnya, keputusan dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi.

(Sumber: star online)

Manek Urai: Pro-Sogokan Atau Anti-Sogokan?

Hari ini bukan saja hari yang penting kepada pengundi Manek Urai, tapi ia juga penting untuk semua penduduk Manek Urai dan rakyat Malaysia amnya.

Bagi peminat politik mereka menantikan bukan saja sama ada BN atau Pas yang menang, tetapi sama ada lepas pilihanraya akan terdirinya jambatan bernilai RM7-10 juta atau tidak. Sogokan yang cuba dihulurkan oleh TPM ialah undi BN disogok @ dirasuah jambatan, jika undi Pas, tak dapat apa-apa. Menarik untuk diperhati bukan saja siapa menang, bukan saja sama ada jambatan terdiri atau tidak, tapi juga ialah tahap kematangan rakyat Manek Urai berfikir. Jika mereka bermentaliti pro-rasuah seperti Umno, mereka akan pilih BN; tapi jika mereka anti-rasuah, mereka akan menolak BN dan sokong Pas.

Apapun, sama ada pengundi Manek Urai ingin membuktikan mereka matang dengan menolak rasuah @ menolak BN atau masih ditahap pemikiran manusia zaman batu yang menyanjung rasuah @ menyokong BN; kita ucapkan SELAMAT MENGUNDI!

~ pendikar gunung kriang

Sunday, July 12, 2009

Muhyiddin: Undilah Parti Cap Lidah Biawak!

http://www.hong.web.id/wp-content/uploads/2009/04/a389_tongue.jpg

Pemimpin 1Malaysia itu selalu kata rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Itu kata masa mula-mula pemimpin 1Malaysia itu jadi PM dan kemudia ndiulang-ulang sebagai lagu thema pemimpin-pemimpin BN lain. Bila tiba pilihanraya kecil Manek Urai, antara janji BN menerusi pemimpin 1Malaysianya ialah berkempen secara bersih. Makna pilihanraya bersih bukan setakat tak kacau kempen orang lain, tidak pukul dan bunuh orang, tidak pecahkan kereta orang, tapi juga tiada unsur sogokan, kerana sogokan @ rasuah adalah juga sebahagian dari jenama cap tahi yang sungguh kotor itu.


Dan hari ini BN membuktikan di Manek Urai, kedua-dua slogan itu diterbalikkan sekaligus apabila TPM, Tan Sri Mahyuddin Yassin menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai Selasa ini.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN," kata Mahyuddin.

"Kalau tidak (pangkah), esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Apa ini, kata rakyat didahulukan, yang dok sogok-sogok tu rakyat didahulukan atau rasuah didahulukan? Jika rakyat didahulukan menang atau kalah bukan keutamaan, keutamaan ialah keperluan rakyat. Bila rakyat Manek Urai memerlukan jambatan itu, mengapa perlu ada syarat-syaratnya? Baru beberapa bulan mereka mencanangkan rakyat didahulukan, hari ini mereka telah membuktikan jawatan wakil rakyatlah yang didahulukan.

Apa ini, kata hendak adakan pilihanraya bersih, tapi bersih apa jika ada unsur sogokan, dan sogokan itu bukan nilainya 7 sen tapi RM10 juta! Baru tidak sampai 10 hari mereka bercakap mengenai pilihanraya bersih, tiba-tiba hari ini wajah mereka menampakakkan jeliran lidah bercabang seekor biawak!

Hari ini pengundi Manek Urai yang belum membuat keputusan boleh menimbangkan parti mana yang akan dipilih dalam pilihanraya 2 hari lagi itu. Jika mereka percaya kepada kejujuran, pilihlah parti yang memperjuangkan kejujuran, tapi jika percaya kepada helah, muslihat dan bercakap bagai lidah cap biawak, pilihlah parti cap lidah biawak.

~ pendikar gunung kriang

Saturday, July 11, 2009

KPI Nasional - Jangan Cuma Melepas Batuk Ditangga

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SiQFS7Xkk8I/AAAAAAAAFpg/O9M7KW0z7GQ/s1600/FEATURE_PM_NajibRazak.jpg

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional yang merangkumi enam bidang keberhasilan utama (KRA) termasuk usaha mencegah jenayah dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuklah usaha meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Pengumuman itu dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Najib juga menyatakan butiran lanjut KPI itu akan diumumkan kepada umum selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

KPI memang telah diwujudkan di jabatan dan agensi kerajaan bagi mengukur prestasi sesuatu jabatan/agensi. Sebelum penggunaan KPI, jabatan/agensi kerajaan menggunakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi mengukur prestasi pencapaian mereka.

Apa pentingnya KPI bagi sesuatu jabatan/agensi? Menerusi KPI kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan sesuatu jabatan/agensi melaksanakan janji-janji mereka kepada pelanggannya. Sebab itu salah satu faktor kenaikan pangkat ketua agensi berkenaan adalah dengan melihat pencapaian KPI mereka. Ketua agensi yang gagal mencapai KPI pada tahap tertentu dikira gagal mengemudikan agensinya, lemah dalam menguruskan agensi dan tidak layak dinaikkan pangkat.

Dan hari ini apabila Najib mengumumkan KPI Nasional, bermakna beliau menjanjikan satu tahap pencapaian kepada rakyat. Dan seperti KPI di jabatan/agensi kerajaan yang perlu disokong oleh angka-angka tertentu, KPI Nasional ini juga perlu ada angka petunjuknya. Maknanya apabila Najib meletakkan pencegahan jenayah dan memerangi rasuah dalam KPI Nasional, beliau perlu tunjukkan kepada rakyat angka-angkanya. Misalnya jika kini kes jenayah pada sesuatu angka tertentu, beiau perlu tunjukkan penurunannya pada sesuatu angka. Begitu juga dengan rasuah, beliau perlu tunjukkan dalam KPI Nasional angka-angka pengurangan kes rasuah; termasuk kedudukan ranking rasuah negara ini dari tangga berapa akan menurun ke tangga berapa selepas KPI Nasional dilaksanakan.

Sekiranya beliau gagal mencapai angka-angaka yang ditetapkan dalam KPI Nasional, bermakna beliau, seperti ketua agensi kerajaan tidak layak berada di atas kerusinya - beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri!

Najib menyatakan butiran lanjut KPI itu akan diumumkan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Tentu ramai yang ingin mengetahui butiran lanjut KPI Nasional, ingin tahu angka-angka yang mendokong KPI Nasional. Jika Najib berjaya menunaikan janji KPInya, beliau layak mengemudi negara, tetapi jika beliau gagal mencapai KPInya, beliau akan dianggap sebagai Perdana Menteri yang gagal dan boleh mengucapkan selamat tinngal dengan jawatan itu!

Apapun, sesuatu yang penting dalam KPI ialah kemunasabahannya. Tidak guna meletakkan sasaran KPI pada tahap terlalu rendah dan mudah dicapai semata-mata untuk menunjukkan kepada orang luar kita juga ada KPI, sedang ia cuma KPI melepas batuk ditangga!!

~ pendikar gunbung kriang

Friday, July 10, 2009

Berapa Juta Agaknya Rumah MB Kedah Nie??

Antara dua darjat. Begitulah yang boleh dikatakan apabila membandingkan rumah mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo dengan rumah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Di bawah ini rumah Khir Toyo, yang ramai orang sudah jemu melihat gambarnya. Kononnya rumah itu berharga RM24 juta, tapi Khir kata RM3 juta sahaja (Dr. Mahathir pun tak percaya nilainya RM3 juta, apa lagi kita!) :-



Di bawah ini pula rumah Datuk Seri Azizan yang saya ambil dari blog KedahLanie. Rumah ini terletak di Yan. Gambar rumah beliau ini diambil pada 7 Julai lalu, ketika Menteri Besar itu sedang bersiap-siap untuk pergi ke pejabatnya. Sehingga kini selepas 16 bulan menjadi MB, Datuk Seri Azizan masih tinggal di rumah asalnya itu.

Mari kita teka: berapa RM juta agaknya rumah Menteri Besar Kedah itu. Agak-agak ada RM3 juta atau RM24 juta kah?

[2009-07-10_164823.jpg]

[2009-07-10_165939.jpg]




~ pendikar gunung kriang

Bila Tiba-Tiba Dr Mahathir Menyokong DAP...


Jarang-jarang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong pembangkang dalam apa jua isu. Tapi dalam isu mahligai Khir Toyo, Mahathir sependapat dengan DAP bahawa Khir perlu menjelaskan punca pembiayaan mahligai yang dikatakan bernilai RM24 juta itu. Ini kerana kata Dr Mahathir seperti yang dipetik oleh Malaysiakini, kontroversi mahligai mewah milik mantan MB Selangor itu boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Rumah mantan PM ialah RM1 juta, rumah mantan MB ialah RM3 juta @ RM24 juta. Rumah anda rakyat biasa perpuluhan berapa juta?

~ pendikar gunung kriang

Berita Yang Tidak Menggembirakan BN Sudah Mali Maaa....!!

Apabila DAP Kedah menyatakan keluar dari Pakatan Rakyat, media pro-BN termasuk RTM dan TV3 bersorak riang. Hampir setiap malam saya melihat publisiti berlebihan diberikan kepada orang-orang kuat DAP Kedah. Orang kuat BN, terutama Umno tumpang sekaki memberi ulasan macam mereka adalah taukeh dan pemborong babi.

Tapi hari ini ada satu berita yang pasti tidak menggembirakan BN, tidak juga menggembirakan media BN. Pasti berita ini tidak akan menjadi tajuk utama berita RTM dan TV3 pada malam ini.

Baca selanjutnya berita petikan dari Malaysiakini:

DAP Kedah hari ini memutuskan untuk menarik balik keputusannya keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata mesyuarat pagi ini bersetuju untuk menarik keputusan keluar dari Pakatan kedah.

Katanya, keputusan itu dibuat ekoran janji menteri besar Kedah untuk menyelesaikan isu berhubung perobohan rumah sembelih tersebut.

Thomas berkata, surat mengenainya akan dihantar secepat mungkin bagi memaklumkan keputusan terbaru tersebut.

BERITA YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN BN SUDAH MALI MAAAA...

Manek Urai: Menteri MCA Diboikot Masyarakat Cina, Calon PAS Disambut Meriah!!

Kedatangan menteri-menteri ke Manek Urai tidak dihiraukan oleh masyarakat di sini. Timbalan Perdana Menteri yang sering berulang alek dengan helikopter dari Kuala Lumpur tidak dipedulikan oleh penduduk tempatan, ceramahnya tidak sampai 100 orang yang menghadirinya, sekiranya tidak ada penyokong-penyokong BN dari luar, kerusi yang disediakan kosong.

Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya sempat beberapa ketika sahaja di Manek Urai Lama, dia sendiri mengakui payah nak dapat sokongan dari penduduk tempatan, sehingga sekarang, ketua Wanita UMNO tidak lagi nampak kelibatnya di Manek Urai. Menteri Pelancongan , Dr Ng Yeng Yeng datang berkempen di rumah penduduk keturunan Cina di Kampung Manek Urai Lama juga mengalamai nasib yang sama apabila tidak dihiraukan tuan rumah dan ahli keluarganya. Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke rumah Ong Guan Chong yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Tuan rumah tidak mahu keluar menemuinya walaupun mereka sesama orang Cina.

Berbeza sekali apabila calon PAS Abe Uji berkunjung pula ke rumahnya sehari selepas itu, kehadirannya disambut oleh Ong atau Pak Chong, malahan Pak Chong menghimpunkan seluruh ahli keluarga besarnya untuk turut menyambut Abe Uji. Pak Chong merupakan pengurus pasukan Seri Muay (tomoi) yang ramai pelatih-pelatihnya orang Melayu. Abe Uji diberi penghormatan besar oleh Pak Chong dan ahli keluarganya.

Pengundi Cina di Manek Urai hanya berjumlah 51 orang, namun sokongan mereka tetap diperlukan, Pak Chong memberi jaminan semua pengundi Cina akan menyokong Abe Uji. Pak Chong mengakui walaupun beliau tidak rapat dengan Abe Uji sebagaimana rapatnya beliau dengan arwah Paksu Wil, tetapi cerita-cerita tentang keramahan, kemesraan dan kebaikan Abe Uji telahpun didengari sebelum ini lagi, sikap yang ada pada Abe Uji hampir menyamai Paksu Wil yang penduduk Manek Urai sangat sayangi itu.

(Sumber: KedahLanie)

Mentor Najib Mula Menikamnya Selepas 100 Hari!!



Esok genaplah 100 hari Najib Tun Razak menjadi PM 1Malaysia. Tentu esok dan lusa media akan membuat pelbagai penilaian tentang kejayaan Najib selama 100 hari berkuasa. Pastinya semuanya cerita baik-baik belaka. Jika ada cerita kurang baik, ia tidak keluar dalam media, ia disembunyi rapat di dalam laci penyunting berita.

Tapi lain pula halnya dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal bermulut celupar itu. Beliau dengan sinis menempelak Najib bahawa pentadbiran beliau selama 100 hari ini "lebih banyak yang negatif daripada yang positif". Aduhai tikaman berbisa yang menikam hingga ke tulang sum-sum!

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura. Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru. Satu perkara lagi yang dianggap negatif menurut Dr Mahathir ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Selama ini Dr Mahathir dikatakan ramai orang sebagai mentor kepada Najib. Tapi hari ini Dr Mahathir telah memulakan tikaman berbisanya kepada protege nya. Dulu (hingga kini pun) dia menikam Anwar, lepas itu Pak Lah dan kini Najib, semuanya protege nya, semua ditikamnya. Dan perangai Dr Mahathir sejak dulu ialah bila dia sudak mula sekali menikam, dia akan terus menikam lagi. Sebab bagi Dr Mahathir semua orang - Anwar, Pak Lah dan kini Najib merupakan mereka tidak sempurna, yang sempurna hanyalah dia sahaja....

~ pendikar gunung kriang

Thursday, July 9, 2009

Semoga Allah Lindungi ADUN Galas Yang Sedang Uzur


BERNAMA melaporkan ADUN PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaiman, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau telah menghubungi Che Hashim semalam dan bertanya khabar mengenai keadaan ADUN itu. Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim pula, beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

Kepada penyokong Pas dan PR, doakan agar Allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh ADUN Galas itu. Walaupun kanser yang dihadapinya di tahap empat - tahap terakhir - namun kuasa Allah melakukan keajaiban kepada hambaNya pernah berlaku. Oleh itu marilah kita berdoa untuk Che Hashim Sulaiman supaya Allah melindunginya dari sel kanser yang memang sangat ganas itu....

~ pendikar gunung kriang

Khir Toyo Jawab Di DUN Macam Doktor Gigi Cap Ayam!!



BERNAMA melaporkan sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini hangat dengan isu mahligai mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

Isu itu mula dibangkitkan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mempersoalkan kemampuan Khir untuk memiliki dua lot tanah dan mahligai itu.

Beliau secara sinis berkata mungkin Dr Mohamad Khir mempunyai begitu ramai pelanggan di klinik giginya di Kajang yang menjadi sumber pendapatan beliau semasa sebelum menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menjawab pendapatan daripada klinik giginya adalah tinggi kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencabut gigi tetapi juga perkhidmatan kosmetik pergigian. Beliau memberi contoh harga kos implan gigi adalah tinggi iaitu RM40,000 ke RM50,000 bagi satu implan gigi. Malah katanya sebelum beliau menjadi Menteri Besar beliau sudah memiliki Mercedes Benz.

Saya nak tergelak dengan jawapan Khir itu. Memanglah kos rawatan gigi di klinik swasta adalah tinggi. Tampalan, cabutan, apa lagi implan dikenakan bayaran yang tinggi berbanding kos rawatan yang dikenakan oleh klinik gigi kerajaan. Sebab itulah orang ramai lebih suka mendapatkan rawatan pergigian di klinik kerajaan berbanding swasta, apa lagi di zaman kemelesetan ekonomi ini.Lagi pun berapa kali sangatlah seseorang itu mendapatkan rawatan gigi dalam setahun, berbanding sakit biasa - demam, batuk, cirit-birit dan lain-lain yang diperolehi di klinik biasa? Dan implan gigi, berapa ramai orang yang pernah melakukannya seumur hidup mereka? Kebanyakan kita tidak pernah melakukan implan gigi seumur hidup!

Oleh itu apabila Dr Khir kata dia boleh menjadi kaya raya dengan menjadi doktor gigi swasta, ia sangat menghairankan. Saya sendiri pernah berjiran dengan seorang doktor gigi swasta yang berkata bidang itu tidak boleh buat banyak duit seperti kilinik kesihatan lain. Sudahlah peralatannya mahal, pelanggan pula tidak ramai kerana kos rawatan yang dikenakan tinggi. Doktor gigi swasta hanya bergantung kepada pelanggan tetap yang kebanyakannya golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi yang telah menjadi pelanggan tetap mereka sejak sekian lama. Sebab itulah bidang pergigian tidak popular berbanding perubatan am di kalangan pelajar universiti kerana mereka tahu prospeknya.

Dan dakwaan Khir ketika dia menjadi doktor gigi mampu pakai mercedes, apa kena mengena dengan soalan mengenai mahligai mewahnya itu? Siapa pun boleh pakai mercedes, apa lagi jika ia mercedes bukan versi terbaru. Yang penting ada sedikit wang pendahuluan membayar pinjaman! Abang ipar saya yang cuma menjadi kerani cabuk gred N17 di jabatan kerajaan pun mampu memakai mercedes, apa hendak hairannya? Walaupun dia bukan doktor gigi dan mercedesnya pun mercedes lama, tapi ia tetap mercedes juga. Bila orang tanya abang iapar hang yang kerja kerani cabuk tu pakai kereta apa, pasti saya akan jawab dia pakai mercedes (walaupun cuma mercedes model lama)!

Dengan kata-kata lain jawapan Khir Toyo dalam DUN Selangor hari ini banyak yang tidak relevan. Lain ditanya, lain dijawabnya. Ditanya mengenai mahligai, dijawabnya mengenai cerita mercedes dan implan gigi. Alahai.... macam jawapan doktor gigi cap ayam!!

~ pendikar gunung kriang

Vincent di MU: Cina Sokong Islam, Mengapa Melayu Tidak?

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat (Kaum Cina), Vincent Lee menyifatkan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam merupakan wadah terbaik merealisasikan pentadbiran jujur, ikhlas dan adil untuk seluruh umat termasuk bukan Islam.

Oleh demikian, katanya orang Islam sendiri wajar berjuang seiringan dengan Pas bagi memastikan rakyat negara ini memdapat layanan dan pembelaan yang sepatutnya tanpa membeza-bezakan kaum.

"Perjuangan Pas berlandaskan tuntutan Islam jelas terbukti mendatangkan kebaikan kepada semua kaum, sebab itulah Pas beroleh sokongan luar biasa pada Pilihan Raya Umum lalu.

"Saya merayu kepada orang Melayu (Islam), jika bukan Islam sudah menaruh keyakinan sedemikian rupa terhadap perjuangan Pas, kenapa anda (orang Melayu) sendiri tidak ikut dan menyokong sebuah parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai landas perjuangannya?

"Oleh itu, saya harap pengundi-pengundi di Manik Urai sedar bahawa inilah masa untuk mereka memberi sokongan kepada Pas yang selama ini tidak pernah berhenti memperjuangan keadilan untuk rakyat dan memartabatkan Islam sebagai panduan hidup ke arah kemuliaan dan perpaduan semua kaum," katanya kepada MEDIA BYPASS ketika ditemui di Manik Urai semalam.

Vincent Lee yang juga Pembantu Khas kepada YB Dr Lo'Lo (Ahli Parlimen Titiwangsa)berkata, pelbagai isu membabitkan pemimpin BN telah membangkitkan rasa muak rakyat, mereka merungut kerana hak rakyat tidak dibela sepenuhnya kerana sikap sesetengah pemimpin lebih mengutamakan kepentingan diri.






"Kita ada undi di tangan, kitalah yang berhak tentukan siapa pemimpin yang akan mewakili dan membela nasib kita kerana rakyatlah yang membayar gaji mereka. Jadi, jangan terpengaruh dengan umpan gula-gula BN kerana mereka datang hanya pada masa pilihan raya sahaja.

"Pengundi Manik Urai sudah kenal dengan permainan BN yang hantar bermacam peruntukan semasa pilihan raya, kita kena tetapkan hati untuk tidak tertipu, pastikan undi hanya untuk memperkukuhkan kerajaan Kelantan yang membangun bersama Islam," katanya.

(Sumber: KedahLanie)

Wednesday, July 8, 2009

Corat-Coret Mengarut, Tolol, Bahlul, Bengong PPSMI

http://2.bp.blogspot.com/_Jd9m0Z54TCE/SajU5IRHKwI/AAAAAAAAADQ/yJmf2V-LYPI/s320/anti+ppsmi.png

Sekarang selepas PPSMI dimansuhkan bermacam-macam angka mengenai kegagalan PPSMI didedahkan oleh Pak Menteri dan pegawai-pegawai atasan Kementerian berkenaan. Baru kini rakyat tahu penguasaan matematik, sains dan Bahasa Inggeris murid-murid kita semakin merosot sejak PPSMI diperkenalkan. Baru kini rakyat tahu namanya PPSMI, tapi realitinya PPSMI-BM (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, tapi menggunakan medium Bahasa Melayu). Baru kini rakyat tahu RM12 bilion hangus begitu saja untuk kononnya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, matematik dan sains, tapi realitinya tahap pencapaian mereka semakin teruk dari sebelumnya. Baru kini rakyat rasa tertipu, kerana dahulu dipaparkan angka-angka tentang jejayaan PPSMI yang kini digantikan pula dengan angka-angka tentang kegagalan PPSMI.

Baru kini rakyat tahu yang mendapat keuntungan lumayan dari dasar PPSMI ialah kontraktor dan pembekal peralatan, buku dan projek-projek infrastruktur PPSMI yang rata-ratanya ialah kroni di sekeliling pinggang orang-orang berkuasa di peringkat Pusat. RM12 bilion hangus untuk membuncitkan perut kontraktor dan pembekal. RM12 bilion hangus tapi generasi muda kita tidak menjadi semakin cerdik. Sedih sungguh!

Hari ini PPSMI diisytiharkan mati. Peliknya PPSMI cuma akan dikuburkan 3 tahun lagi! Lebih hebat dari kisah Michael Jackson yang selepas hampir 2 minggu meninggal, tapi mayatnya hingga kini belum dikebumikan. Ada orang kata tempoh masa 3 tahun itu cuma helah untuk melunakkan suara penentangan terhadap kerajaan, kerana lambat laun Bahasa Inggeris akan diperkasakan dan meningglkan Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan. Ada pula yang berkata kerajaan menetapkan 3 tahun untuk mentalqinkan PPSMI bagi memberi peluang kepada kroni-kroni pembekal buku PPSMI yang tempoh kontraknya ialah selama 3 tahun.

Pelbagai kisah corat coret PPSMI yang terbongkar kini. Yang pastinya ia dicemari oleh pelbagai kisah-kisah mengarut, tolol, bahlul dan bengong. Alahai.....

~ pendikar gunung kriang

Beri wang, kain, gula: ambil. Mansuh PPSMI: Undilah Pas!!

Banyak pihak yang sependapat dengan saya bahawa pengumuman pemansuhan PPSMI yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sebahagian kempen untuk meraih undi BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai. Ia bukan bermaksud pemansuhan PPSMI berbau politik, tetapi penetapan masa untuk pengumuman dibuat memang berbau Manek Urai!

Mengapa pengumuman mengenainya tidak dibuat beberapa ketika selepas 20,000 orang rakyat berarak di jalanraya membantah PPSMI pada 7 Mac 2009? Ya, pengumuman pemansuhan PPSMI tidak dibuat pada bulan Mac, April, Mei dan Jun kerana ketika itu tiada event penting ketika itu yang boleh menguntungkan BN. Tapi kini BN yang tewas dalam semua 6 siri pilihanraya kecil, kecuali Batang Ai, perlu mempertahankan maruahnya agar tidak tewas untuk kali ketujuh di Manek Urai. Seperti kata Muhyiddin, nasib malang BN akan berubah di Manek Urai. Justru, BN perlu lakukan apa saja di Manek Urai bagi memastikan kemenangan, termasuk penggunaan isu pemansuhan PPSMI. Sebab itulah pengumuman mengenai pemansuhan PPSMI dibuat dalam Mesyuarat Kabinet hari ini dan bukannya pada minggui depan (15 Julai), kerana pilihanraya kecil Manek Urai bakal diadakan sehari sebelum itu (14 Julai).

Seperti yang saya bayangkan dalam blog saya semalam, kerajaan hari ini pasti memansuhkan PPSMI dengan syarat-syarat tertentu. Syarat tertentu yang diumumkan oleh Muhyiddin ialah PPSMI dimansuhkan dalam tempoh 3 tahun. Ia berbeza sama sekali dengan pelaksanaan PPSMI dahulu yang dilaksanakan serta merta: PM Dr Mahathir umum PPSMI pada hujungtahun, awal tahun berikutnya terus dilaksanakan!

Namun kepada pengundi-pengundi Manek Urai diharap undi yang diberikan kepada parti-parti yang bertanding pada 14 Julai tidak akan dipengaruhi oleh sintimen pemansuhan PPSMI. Sebagai pengundi Kelantan yang telah membuktikan sebelum ini bahawa mereka sukar dipengaruhi oleh suapan berbentuk kain pelikat dan wang ringgit, mereka juga pasti tidak terikat untuk mengundi BN kali ini, semata-mata kerana kerajaan telah memansuhkan PPSMI.

Beri wang: ambil
Beri kain: pakai
Beri gula: bancuh
Mansuh PPSMI: syukur alhamdulillah
Bila pegang pensil: pangkahlah Pas!!

~ pendikar gunung kriang

PPSMI : Terima Kasih Pengundi Manek Urai!!!

View Image

Ramalan saya seperti yang dimuatkan dalam blog saya semalam memang benar: sains dan matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu sempena pilihanraya kecil Manek Urai!! Kabinet hari ini membuat keputusan maha berat apabila meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing. TPM,Tan Sri Mahyuddin yang membuat pengumuman itu juga menyatakan kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

Syukur alhamdulillah, akhirnya dasar pendidikan kita kembali kepada asal. Syukur alhamdulillah juga kerana tidak sia-sia kita beramai-ramai berarak atas jalan raya tempohari, dikejar polis dan ditembak dengan gas pemedih mata yang memeritkan itu demi memartabatkan kembali bahasa ibunda. Dan syukur alhamdulillah juga kerana adanya pilihanraya kecil Manik Urai yang telah mempercepatkan kerajaan membuat keputusan yang sangat-sangat berat bagi mereka itu!!!

PPSMI akhirnya mansuh. Terima kasih rakyat Malaysia kepada pengundi Manek Urai!!!

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, July 7, 2009

PPSMI: Hadiah Untuk Pengundi Melayu MU Esok!!


http://myawfa.files.wordpress.com/2009/03/bahasainggeris.jpg

Esok, seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi, kabinet akan membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau akan turut membentangkan beberapa cadangan dan perakuan bagaimana kerajaan hendak terus memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasa penggunaan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.

Tentunya ramai yang sedang tertunggu-tunggu pengumuman kerajaan esok. Bukan sahaja pelajar dan tenaga pengajar di sekolah dan institusi pendidikan, tetapi para ibu bapa, waris dan tokoh-tokoh bahasa tertunggu-tunggu apa yang bakal diputuskan oleh kabinet esok. Malah pengundi-pengundi DUN Manek Urai yang akan mengundi pada 14 Julai 2009 juga ingin tahu keputusannya!!

Manek Urai, Manek Urai, tapi apa kaitan Manek Urai dan PPSMI? Tentu ada kaitan rapat antara Manek Urai dan PPSMI. Kelmarin Muhyiddin menyatakan Manek Urai bakal menjadi noktah berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini. Bermakna BN akan melakukan apa saja bagi menentukan kemenangan pada kali ini. Dan jangan hairan jika PPSMI dijadikan umpan bagi memastikan kemenangan BN. Sebab itu pengumuman PPSMI diumumkan selepas mesyuarat kabinet esok dan bukannya dalam mesyuarat kabinet minggu depan (pada 15 Julai), kerana ia telah melepasi tempoh pembuangan undi pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai!

Justru pengumuman mengenai PPSMI esok sudah boleh diteka: BM akan dinobatkan semula sebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik di negara ini. Jika ia menjadi realiti (sains dan matematik diajar dalam BM), ia pasti menggembirakan semua ibu bapa, terutama Melayu di luar bandar, termasuk pengundi Manek Urai, yang hampir kesemuanya Melayu itu.

Apapun, kita tunggu sajalah esok, sama ada ianya berita baik untuk pencinta bahasa, atau berita buruk! Tapi jauh di sudut hati, saya percaya jika pun ada berita baik (BM dinobatkan sebagai bahasa pengantar dalam pengajian sains dan matematik), ia pasti disertai dengan syarat-syarat tertentu.......

~ pendikar gunung kriang

ADUN Changkat Jering Mengaku Temui Nizar




ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu mengaku pernah menemui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun ia berlaku tanpa dirancang dan beliau tidak bercadang untuk kembali semula kepada PKR. Ikuti berita selanjutnya petikan berita dari star online:

PETALING JAYA: ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu mendakwa "mengarut". ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi pula menyifatkan satu "pembohongan semata-mata."

Kedua-dua ADUN Bebas Perak itu menafikan sudah mula mengambil langkah untuk kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi mStar Online, Osman dengan cepat menjawab "itu mengarut semata-mata" sambil diiringi ketawa besar.

"Tidak benar, tidak benar (saya akan kembali kepada PKR)," kata Osman yang berada di kawasannya di Changkat Jering, Perak ketika dihubungi tengah hari tadi.

Beliau tidak menafikan dihujani panggilan daripada rakan-rakannya ekoran tulisan blog dan laporan akhbar bahasa Cina bahawa beliau akan kembali ke pangkuan PKR dan Pakatan Rakyat.

Laporan akhbar Cina tempatan menyebut Osman telah pun mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar Perak, Ir. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di ibu negara baru-baru ini.

Osman mengakui pertemuan itu telah berlangsung tanpa dirancang sama sekali.

"Kami bertemu secara kebetulan. Saya sedang membawa pakaian saya ke kereta saya dan Nizar ada dalam kenderaannya di luar hotel, lalu menegur saya.

"Sebagai bekas ketua (Menteri Besar Perak), saya pun balas teguran dan kami berbual ringkas... itu sahaja," kata beliau menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa mengadakan perbincangan untuk kembali ke PKR, anggota komponen Pakatan.

Osman dan Jamaluddin merupakan bekas Anggota Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perak. Mereka keluar PKR awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan.

Ketika itu, Nizar adalah Menteri Besar.

Osman dan Jamaluddin kini adalah antara dua daripada tiga ADUN Bebas di Perak, selain daripada ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang dahulunya dalam DAP.

"Semalam saya ada menghubungi Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) mengulangi pendirian saya bahawa saya akan terus menyokong BN (atas kapasiti sebagai ADUN) Bebas.

Sementara rakannya, Jamaluddin juga menafikan beliau telah memulakan langkah untuk menyertai kembali PKR.

"Saya masih ADUN Bebas," katanya.

"Kalau saya hendak keluar, biar saya sendiri yang buat kenyataan itu, saya tidak mahu orang lain buat kenyataan bagi pihak saya.

Jamaluddin juga menjelaskan, beliau ada menerima panggilan telefon daripada Nizar pada pukul 12.09 tengah malam Selasa lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menjawab panggilan telefon tersebut.

Kesian Mahathir Diperlakukan Begitu Oleh Najib!!

http://1.bp.blogspot.com/_O_tpTe1lwM0/Sddbcq7VtRI/AAAAAAAAAaI/WWKeilCloe0/s400/mahathir-najib-01.jpg

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ia menghakis kepentingan bumiputera negara ini.

Manta Perdana Menteri itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.

"Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai pentadbiran Najib yang bakal mencapai 100 hari Sabtu ini.

(Sumber: BERNAMA)


pendikar gunung kriang:

Ketika Najib mula menjawat jawatan PM, jelas Dr Mahathir adalah antara mereka yang paling gembira. Ketika itu dia menjangka Najib akan mengikut dasarnya - keras, sinikal dengan dasar Barat dan kritis dengan Islam. Tapi rupanya yang berlaku sebaliknya. Najib kelihatan terlalu condong kepada Barat, berbeza dengan Mahathir yang berhati-hati dengan Barat dan selalu mengingatkan penjajajahan bentuk baru boleh menjejaki Malaysia. Kini Najib mengujudkan liberalisasi ekonomi, membuka seluas-luasnya pintu pelaburan asing ke Malaysia. Secara tidak langsung, penjajahan bentuk baru atau penjajahan ekonomi yang sangat ditakuti oleh Dr Mahathir sedang dirintis kemasukannya perlahan-lahan ke Malaysia oleh Najib.

Dr Mahathir ingat Najib boleh menjadi lebih baik dari Pak Lah. Kini dia mula menyedari Najib lebih teruk dari Pak Lah. Kesian Mahathir, harapannya untuk melihat Najib mewarisi dasarnya berkecai, kesian dia!!

Penyembelih Muslim Bebas Masuk Malaysia, Pembela Islam Ditahan


Kedatangan Thaksin dialu-alukan, kedatangan Nur Misuari disambut dengan gari.

Kelmarin heboh media Thailand dengan berita mantan Perdana Menterinya yang menjadi buruan polis Thailand, Thaksin Shinawatra, dikatakan berada di Kuala Lumpur selama 26 jam. Beliau yang tiba ke Lapangan Tebang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang menaiki pesawat peribadinya dari Dubai, sempat menginap di Hotel Shangrila sebelum berlepas ke destinasi lain, dipercayai Fiji.

Kedatangan Thaksin yang tangannya banyak berlumuran dengan darah orang-orang Islam di selatan Thailand itu memang disedari oleh pihak berkuasa Malaysia. Ketua Pengarah Imegresen, Datuk Abdul Rahman Othman menyatakan pihaknya tiada kuasa untuk menghalang Thaksin berada di negara ini kerana beliau tidak pernah diisytiharkan kerajaan Malaysia sebagai orang yang tidak dikehendaki negara ini. "Tidak menjadi kesalahan Thaksin mahu datang ke negara ini. Malah Thaksin juga boleh memasuki negara ini dengan kenderaan apa sekalipun, kerana dia dianggap sebagai pelancong," kata Abdul Rahman.

Bercerita tentang Thaksin, tiba-tiba saya teringat kepada ketua Front Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, yang menentang penindasan pemerintah Kristian Filipina terhadap orang-orang Islam di negaranya. Beliau yang diburu oleh pemerintah Filipina kerana kecekalannya membela nasib orang Islam di Mindanao dan selatan Filipina telah berjaya meloloskan diri ke Malaysia pada pertengahan bulan November 2001. Menganggap negara ini adalah negara Islam yang selamat dimasuki dan percaya akan dilindungi keselamatannya, malangnya Nur Misuari menerima nasib yang berbeza dengan Thaksin. Pada 26 Nov 2001 Misuari ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia dan kemudiannya diserahkan kepada kerajaan Filipina untuk menerima hukuman atas kesalahan membela perjuangan Islam di negara Kristian itu.

Itulah nasib berbeza yang dihadapi oleh dua pemimpin negara luar yang cuba mencari perlindungan di Malaysia. Thaksin, yang tangannya hanyir dengan darah orang Islam yang dibunuh sepanjang dia menjadi PM, boleh masuk ke negara ini sesuka hatinya dan keselamatannya sentiasa terjamin. Nur Misuari pula ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana sebagai seorang pembela nasib orang-orang Islam Mindanao dan selatan Filipina; kedatangannya tidak dialu-alukan di negara ini.

~ pendikar gunung kriang

Selamat Tidur SPRM!!

RM24 juta atau RM3.5 juta? Itulah persoalan tentang nilai mahligai Khir Toyo yang sedang hangat dibincangkan sekarang.

ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan mahligai di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta (hampir RM4 juta).

Tapi Khir Toyo menafikan harga mahligainya RM24 juta. "Saya membeli rumah itu dengan harga RM3.5 juta menggunakan pinjaman yang diperoleh daripada HSBC. Saya tidak membeli tanah dan membina rumah di atasnya," kata beliau.

Ng pula mempunyai bukti kukuh berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Ng menunjukkan bahawa Khir dan isterinya Zahrah Kechik membeli secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007. Pengarah Ditamas yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni ialah kawan rapat Khir.

Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan mahligai tersebut ialah kira-kira RM20 juta. Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000.


Ng mendakwa, pendapatan seorang Menteri Besar sebanyak RM576,000 setahun tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta itu.

Bagi saya, kedua-dua kenyataan Khir Toyo dan Ng itu mungkin benar:

i) Mungkin benar nilai tanah dan mahligai itu ialah RM24 juta, iaitu berdasarkan harga pasaran semasa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Maknanya jika saya, anda atau sesiapa saja yang setaraf dengan kita hendak membeli mahligai itu perlulah sediakan wang sebanyak RM24 juta, yang mati hidup balik 100 kali pun mungkin sukar untuk mendapatkan wang sebanyak itu.

ii) Mungkin benar juga Khir membeli mahligai itu dan tanahnya dengan harga RM3.5 juta sahaja. Tapi perlu ingat harga RM3.5 juta itu adalah berdasarkan harga jualan oleh Ditamas Sdn Bhd yang pengarahnya ialah rakan Khir bernama Shamsuddin Hayroni. Jadi RM3.5 juta itu ialah harga jualan oleh rakan Khir. Mengapa kita bising-bising dan terkejut, ikut suka dia lah hendak letakkan harga RM3.5 juta atau atau berapa harga pun!! Malah jika kawan Khir hendak letakkan harga RM3.5 juta, dalam perjanjian jual beli, tapi cuma perlu bayar RM0 juta pun, ikut suka dialah! Ia seperti juga mak bapa kita yang boleh beri tanah dan rumah secara percuma atau token RM100 kepada anaknya untuk hartanah yang sebenarnya bernilai RM100,000, apa yang hendak dihairankan? Jika mak bapa kita sanggup beri tanah dan rumah percuma untuk pelaburan akhirat, apa pula nak hairan jika Shamsuddin jual rumah dan tanah dengan harga RM3.5 juta, malah jika percuma pun untuk pelaburan masa depan syarikatnya?

Jadi apa nak dihairankan?
Selamat tidur SPRM!!!


~ pendikar gunung kriang

Monday, July 6, 2009

Manek Urai: Tengahari Janji, Tengahari Yang Sama BN Mungkiri!!

pas candidate and leaders manek urai by election nomination day 060709 27










Tengahari tadi, saya terlihat berita 1.00 tengahari di TV1. Seperti yang dijangka, berita pertama yang disiarkan ialah perjalanan penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Pas yang diwakili bendahari Pas Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50.


Saya rasa lega apabila dalam temubual RTM dengan Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang tersiar dalam segmen berita itu, kedua-dua calon menyatakan ikrar untuk berkempen secara bersih. Sepanjang melihat perjalanan pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, ia banyak dicemari oleh pelbagai insiden yang menunjukkan betapa tidak bersihnya pilihanraya kita. Oleh itu saya gembira jika pilihanraya kecil Manek Urai berjalan bersih seperti yang dijanjikan kedua-dua calon.

Tapi sedang rasa lega menguasai diri, RTM menyiarkan pula temubual dengan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketika calon BN, Tuan Aziz berjanji untuk berkempen secara bersih, TPM 1Malaysia ini menunjukkan sikap sebaliknya. Ketika disoal peluang BN untuk menang beliau kelihatan berkata BN memang ada peluang untuk menang jika jentera BN dapat menjelaskan kepada pengundi perjuangan parti itu dan kelemahan Pas. Selain dari itu jentera parti juga perlu menjelaskan kepada pengundi sikap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selalu 'berpandangan serong' yang tidak sesuai dengan pemikiran pengundi.

Bagi saya jika kita menyebut nama seseorang personaliti dan menyatakan keburukannya, ia adalah contoh serangan peribadi. Dan serangan peribadi adalah anatara contoh perjalanan pilihanraya yang tidak bersih.

Tidak lama lepas itu RTM menyiarkan temubual dengan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil pula. Seperti 'boss'nya, dia juga menyerang Pas dengan menyatakan parti itu hidup dengan retorik dan ceramah, tapi tidak membuat kerja.

Begitulah BN. Tengahari janji hendak kempen bersih dan tengahari yang sama mula menyerang Pas. Tengahari BN janji, dan tengahari yang sama mereka memungkiri janji. Hingga tengahari ini RTM belum siarkan kempen tidak bersih Pas. Justru, saya boleh membuat anggapan Pas masih bersih, tetapi BN sudah nampak tidak bersih menerusi kenyataan Muhyiddin dan Shahrizat.

~ pendikar gunung kriang