Tuesday, July 21, 2009

Pooorah....1Malaysia Kepala Bapa Hang, Noh!!!

http://farm1.static.flickr.com/34/71476929_580c15e1e7.jpg?v=0

Agak terkejut saya apabila membaca kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dalam Beritaharian Online sebentar tadi bahawa berkuat kuasa serta-merta, semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri yang dikuasai pembangkang (termasuk Perak!). Yang menjadi saya terkejut kerana ketika ada suara-suara dalam Umno menyeru diwujudkan negara 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan ada pula menteri yang membuat dasar memecah belahkan masyarakat, memecah belahkan negara. Ketika ada suara-suara dalam Umno-BN yang mahu dikurangkan politiking untuk memberi fokus kepada pembangunan negara, ada pula menteri yang masih mencanangkan agenda perpecahan rakyat yang sudah lapuk itu.


Noh memberi alasan yang sangat mengelirukan bahawa kerajaan negeri di lima negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. Seolah-olah Noh cuba berkata kerajaan PR selama berkuasa hampir satu setengah tahun ini tidak pernah membantu petani, peladang dan nelayan. Benarkah begitu Noh, atau ia cuma untuk menekan pihak lain bagi memastikan mereka tunduk kepada pihak yang menganggap partinya lebih berkuasa? Jika selama berkuasa belum dua tahun ini kerajaan-kerajaan negeri PR tidak membantu petani, peladang dan nelayan, mengapa mereka memberi sokongan besar kepada PR dalam setiap edisi pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini?

Ketika menjemput anak yang balik sekolah sebentar tadi, kebetulan saya bertemu dengan rakan yang juga merupakan ketua sebuah agensi pertanian negeri. Ketika saya meminta pandangannya berhubung arahan Noh itu, rakan itu membebel panjang diikuti dengan luahan amarah, "Hari-hari depa (menteri) cakap pasai 1Malaysia, aku pun kena cakap pasai 1Malaysia juga di depan petani. Tapi kalau benda kecik macam ni pun menteri tak boleh faham, 1Malaysia apa? Nak handle negeri di bawah PR pun Noh tak mampu, 1 Malaysia apa...pooorah.... 1 Malaysia kepala bapa dia!!!"

~pendikar gunung kriang

2 comments:

semutapi said...

Seronok baca kenyataan Noh itu. Dia kata 5 negeri dikuasai pembangkang, termasuk Perak. Jadi pegawai pertanian Persekutuan juga tak dibenarkan menghadiri mesyuarat di 5 negeri dikuasai pembangkang, termasuk Perak! Dr Ziombie tentu sussah hati ada menteri BN tak iktirafnya sebagai MB....

toyu said...

nih menteri yang nak melingkup dan pelingkupkan negara serta rakyat. Sama ja ngan kepala 1malaya tu. tapi tak mo ngaku setiap kesalahan. huh... Tapi,, tunggu la... nak pi mana. depa depa nanti pun akan lingkup juga...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.