Tuesday, July 7, 2009

ADUN Changkat Jering Mengaku Temui Nizar




ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu mengaku pernah menemui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun ia berlaku tanpa dirancang dan beliau tidak bercadang untuk kembali semula kepada PKR. Ikuti berita selanjutnya petikan berita dari star online:

PETALING JAYA: ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu mendakwa "mengarut". ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi pula menyifatkan satu "pembohongan semata-mata."

Kedua-dua ADUN Bebas Perak itu menafikan sudah mula mengambil langkah untuk kembali menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi mStar Online, Osman dengan cepat menjawab "itu mengarut semata-mata" sambil diiringi ketawa besar.

"Tidak benar, tidak benar (saya akan kembali kepada PKR)," kata Osman yang berada di kawasannya di Changkat Jering, Perak ketika dihubungi tengah hari tadi.

Beliau tidak menafikan dihujani panggilan daripada rakan-rakannya ekoran tulisan blog dan laporan akhbar bahasa Cina bahawa beliau akan kembali ke pangkuan PKR dan Pakatan Rakyat.

Laporan akhbar Cina tempatan menyebut Osman telah pun mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar Perak, Ir. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di ibu negara baru-baru ini.

Osman mengakui pertemuan itu telah berlangsung tanpa dirancang sama sekali.

"Kami bertemu secara kebetulan. Saya sedang membawa pakaian saya ke kereta saya dan Nizar ada dalam kenderaannya di luar hotel, lalu menegur saya.

"Sebagai bekas ketua (Menteri Besar Perak), saya pun balas teguran dan kami berbual ringkas... itu sahaja," kata beliau menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa mengadakan perbincangan untuk kembali ke PKR, anggota komponen Pakatan.

Osman dan Jamaluddin merupakan bekas Anggota Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perak. Mereka keluar PKR awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan.

Ketika itu, Nizar adalah Menteri Besar.

Osman dan Jamaluddin kini adalah antara dua daripada tiga ADUN Bebas di Perak, selain daripada ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang dahulunya dalam DAP.

"Semalam saya ada menghubungi Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) mengulangi pendirian saya bahawa saya akan terus menyokong BN (atas kapasiti sebagai ADUN) Bebas.

Sementara rakannya, Jamaluddin juga menafikan beliau telah memulakan langkah untuk menyertai kembali PKR.

"Saya masih ADUN Bebas," katanya.

"Kalau saya hendak keluar, biar saya sendiri yang buat kenyataan itu, saya tidak mahu orang lain buat kenyataan bagi pihak saya.

Jamaluddin juga menjelaskan, beliau ada menerima panggilan telefon daripada Nizar pada pukul 12.09 tengah malam Selasa lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menjawab panggilan telefon tersebut.

1 comment:

Othman3748 said...

Ya lah tuu..masa keluar PKR adakah dia buat kenyataan. Inilah pemimpin yang boleh dikatakan cakap tak serupa bikin. Pemimpin-pemimpin yang macam inilah patut direjam hingga mati....sebab apa mereka adalah peminta sedekah seks (zina) kerana dalam islam zina yang berkhawin hendaklah direjam hingga mati.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.