Wednesday, July 8, 2009

Beri wang, kain, gula: ambil. Mansuh PPSMI: Undilah Pas!!

Banyak pihak yang sependapat dengan saya bahawa pengumuman pemansuhan PPSMI yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sebahagian kempen untuk meraih undi BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai. Ia bukan bermaksud pemansuhan PPSMI berbau politik, tetapi penetapan masa untuk pengumuman dibuat memang berbau Manek Urai!

Mengapa pengumuman mengenainya tidak dibuat beberapa ketika selepas 20,000 orang rakyat berarak di jalanraya membantah PPSMI pada 7 Mac 2009? Ya, pengumuman pemansuhan PPSMI tidak dibuat pada bulan Mac, April, Mei dan Jun kerana ketika itu tiada event penting ketika itu yang boleh menguntungkan BN. Tapi kini BN yang tewas dalam semua 6 siri pilihanraya kecil, kecuali Batang Ai, perlu mempertahankan maruahnya agar tidak tewas untuk kali ketujuh di Manek Urai. Seperti kata Muhyiddin, nasib malang BN akan berubah di Manek Urai. Justru, BN perlu lakukan apa saja di Manek Urai bagi memastikan kemenangan, termasuk penggunaan isu pemansuhan PPSMI. Sebab itulah pengumuman mengenai pemansuhan PPSMI dibuat dalam Mesyuarat Kabinet hari ini dan bukannya pada minggui depan (15 Julai), kerana pilihanraya kecil Manek Urai bakal diadakan sehari sebelum itu (14 Julai).

Seperti yang saya bayangkan dalam blog saya semalam, kerajaan hari ini pasti memansuhkan PPSMI dengan syarat-syarat tertentu. Syarat tertentu yang diumumkan oleh Muhyiddin ialah PPSMI dimansuhkan dalam tempoh 3 tahun. Ia berbeza sama sekali dengan pelaksanaan PPSMI dahulu yang dilaksanakan serta merta: PM Dr Mahathir umum PPSMI pada hujungtahun, awal tahun berikutnya terus dilaksanakan!

Namun kepada pengundi-pengundi Manek Urai diharap undi yang diberikan kepada parti-parti yang bertanding pada 14 Julai tidak akan dipengaruhi oleh sintimen pemansuhan PPSMI. Sebagai pengundi Kelantan yang telah membuktikan sebelum ini bahawa mereka sukar dipengaruhi oleh suapan berbentuk kain pelikat dan wang ringgit, mereka juga pasti tidak terikat untuk mengundi BN kali ini, semata-mata kerana kerajaan telah memansuhkan PPSMI.

Beri wang: ambil
Beri kain: pakai
Beri gula: bancuh
Mansuh PPSMI: syukur alhamdulillah
Bila pegang pensil: pangkahlah Pas!!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

Tetapi bahasa Melayu, bahasa tempatan, belum lagi menjadi bahasa ilmu di peringkat IPT seperti yg pernah dilaksanakan dulu.

Nampaknya rakyat kena turun lagi dan lagi sampai bahasa Melayu di hormati semula..

Gedung Akal said...

Walaupun dalam tempoh 3 tahun itu keputusan ini masih boleh ditarik balik namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara. Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan umat Melayu -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika tidak kami sejuta rakyat akan turun ke jalanan- tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, hapuskan jiwa terjajah!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.