Sunday, July 19, 2009

Betul Kata TPM, Ahli Umno Patut Masuk Sekolah Balik!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin dalam pertemuan dengan ahli Umno Shah Alam petang tadi dilaporkan meminta ahli Umno perlu balik ke sekolah untuk belajar semula. Ini penting, katanya dalam usaha mengembalikan semula semangat perjuangan ahli-ahli Umno yang kelihatan semakin luntur. Bagi 'menghantar semula ahli Umno ke sekolah', buat permulaan ahli Majlis Tertinggi parti itu bakal menghadiri kelas khas di Janda Baik sedikit masa lagi.


Saya menyokong penuh saranan Muhyiddin supaya ahli Umno perlu balik ke sekolah untuk belajar semula. Ini kerana kenyataan ahli-ahli Umno terutama pemimpin-pemimpin mereka akhir-akhir ini memang macam percakapan orang yang tidak pernah bersekolah, sungguh low class minded!! Yang terbaru lihat sahaja kenyataan mereka mengenai kes kematian Teoh Beng Hock, adakah patut Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Umno kata pemimpin PR sengaja mempolitikkan isu kematian Beng Hock? Perkara yang disentuh oleh pemimpin PR ialah kematian tragis Beng Hock, manusia apa namanya kita jika soal sebesar itu didiamkan saja? Yang mati itu bukannya semut, bukannya tungau, bukannya ayam, bukannya babi, tapi seorang manusia! Jika Khir Toyo mati di dalam keadaan itu siapa berani kata Muhyiddin akan mendiamkan diri saja?Pasti semua pemimpin Umno akan melompat jika yang terkena itu batang hidung saudara mara, rakan taulan sendiri!

Melihat kepada kenyataan-kenyataan tidak cerdik pemimpin-pemimpin Umno itu, sebenarnya bukan sahaja ahli Umno biasa yang perlu ke sekolah semula, tapi TPM dan PM sendiri perlu masuk sekolah balik. Mereka perlu diajar semula ilmu agama, sejarah dan sivik bagi menanamkan semula rasa belas kasihan dan peri kemanusiaan terhadap sesama insan, biar pun orang itu bukan ahli parti mereka.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

toyu said...

aku setuju sungguh sungguh dgn Tuan PGK.... pakat pakat suma pi sekolah blk. tambah tambah nanti PPSMI dah takdah dah.. senang sikit kot nak buleh paham dan buleh gheti.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.