Thursday, July 2, 2009

Cina Pun Sokong Tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelih Babi!!

lhttp://www.asiaone.com/a1media/news/03Mar08/20080308.225348_20080308-ba.jpg.jpg

DAP berudur.....buklan keluar!!


Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR? Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!

Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu.

"Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!"

"I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya.

"Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah"

"Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu.

"Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya.

"Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya.

"Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya.

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.

~ pendikar gunung kriang

5 comments:

Anonymous said...

pendikar kata,
'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!
pemikiran tuan ini berbelit-belit. tuan pendekar orang melayu ke? keluar masjid tak masuk masuk ke? berundur dari menjadi kepala gengstar maksudnya dah bertaubat tak nak buat lagi. faham ke tuan. ringkasnya maksudnya sama latu. cina di atas jelas menerangkan tindakan DAPtu bodoh. pengajarannya PAS jangan bekerjasama dengan orang bodoh.

Anonymous said...

masalah timbul bila satu pakatan ada tiga kepala. cuba pakatan ikut stail tun M. semua parti kompenan ikut kata. sebab tu BN kuat zaman tun M. pas kena ambil pengajaran untuk kuat. bukan main jaga hati. taniah MB kedah yang tegas. tapi jangan lah MB buat kerana politik nak ambil hati orang melayu yang merundum keatas PAS. mestilah ikhlas baru boleh nenang dimanek urai.

Anonymous said...

pendikar gunung kriang lu fikir la sendiri!
dari ahli pas lama

Anonymous said...

logo parti diatas macam muka babi. logo pa dan pkr mata babi, logo dap hidung babi.

Tadah said...

anonym 11:35 tu minda macam babi

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.