Wednesday, July 8, 2009

Corat-Coret Mengarut, Tolol, Bahlul, Bengong PPSMI

http://2.bp.blogspot.com/_Jd9m0Z54TCE/SajU5IRHKwI/AAAAAAAAADQ/yJmf2V-LYPI/s320/anti+ppsmi.png

Sekarang selepas PPSMI dimansuhkan bermacam-macam angka mengenai kegagalan PPSMI didedahkan oleh Pak Menteri dan pegawai-pegawai atasan Kementerian berkenaan. Baru kini rakyat tahu penguasaan matematik, sains dan Bahasa Inggeris murid-murid kita semakin merosot sejak PPSMI diperkenalkan. Baru kini rakyat tahu namanya PPSMI, tapi realitinya PPSMI-BM (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, tapi menggunakan medium Bahasa Melayu). Baru kini rakyat tahu RM12 bilion hangus begitu saja untuk kononnya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, matematik dan sains, tapi realitinya tahap pencapaian mereka semakin teruk dari sebelumnya. Baru kini rakyat rasa tertipu, kerana dahulu dipaparkan angka-angka tentang jejayaan PPSMI yang kini digantikan pula dengan angka-angka tentang kegagalan PPSMI.

Baru kini rakyat tahu yang mendapat keuntungan lumayan dari dasar PPSMI ialah kontraktor dan pembekal peralatan, buku dan projek-projek infrastruktur PPSMI yang rata-ratanya ialah kroni di sekeliling pinggang orang-orang berkuasa di peringkat Pusat. RM12 bilion hangus untuk membuncitkan perut kontraktor dan pembekal. RM12 bilion hangus tapi generasi muda kita tidak menjadi semakin cerdik. Sedih sungguh!

Hari ini PPSMI diisytiharkan mati. Peliknya PPSMI cuma akan dikuburkan 3 tahun lagi! Lebih hebat dari kisah Michael Jackson yang selepas hampir 2 minggu meninggal, tapi mayatnya hingga kini belum dikebumikan. Ada orang kata tempoh masa 3 tahun itu cuma helah untuk melunakkan suara penentangan terhadap kerajaan, kerana lambat laun Bahasa Inggeris akan diperkasakan dan meningglkan Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan. Ada pula yang berkata kerajaan menetapkan 3 tahun untuk mentalqinkan PPSMI bagi memberi peluang kepada kroni-kroni pembekal buku PPSMI yang tempoh kontraknya ialah selama 3 tahun.

Pelbagai kisah corat coret PPSMI yang terbongkar kini. Yang pastinya ia dicemari oleh pelbagai kisah-kisah mengarut, tolol, bahlul dan bengong. Alahai.....

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Inilah gaya BN/UMNO bekerja...duit peruntukan habis...projek gagal tiada hal. Pusig-pusing, asal dpt DUIT.

Yang pasti RM12 bilion hangus untuk membuncitkan perut kontraktor dan pembekal KRONI kerajaan...termasuk komisyennya (rasuah) kepada staf kerajaan Melayu dan orang politik UMNO...

Kerja mereka ialah kebas duit rakyat...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.