Friday, July 17, 2009

Ini Kes Lebih Teruk Dari Teoh: Ambil Cap Jari Pun Boleh Mati!!


Kes kematian dalam tahanan berlaku lagi, berjangkit macam selsema babi! Begitulah yang terjadi di negara 1Malaysia ini. Kelmarin dilaporkan kemataian Teoh Beng Hock, Setpol seorang Exco Selangor yang meninggal dunia dalam tahanan SPRM. Hari ini BERNAMA melaporkan pula kematian seorang penagih dadah yang sedang menjalani tahanan reman di bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Sentul di sini yang tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.


R Gunasegaran, 31, pengsan semasa proses merekod cap jari antara jam 6.45 hingga 7 petang, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira jam 7.40 malam.

"Tiada kekerasan dilakukan terhadap mangsa dan juga tahanan lain. Mereka hanya melalui proses soal siasat biasa," kata sumber polis.

Jadi pada jam 7 petang, cap jari Gunasegaran diambil dan beliau meninggal dunia pada jam 7.40 malam, iaitu 40 minit lepas cap jarinya diambil.Ambil cap jaripun boleh mati?

Jika ada yang semalam berkata SPRM itu hebat, PDRM pun apa kurangnya. PDRM juga hebat kerana tidak perlu terjatuh atau dijatuhkan dari bangunan, lepas ambil cap jari pun boleh mati!! Mudahnya Teoh mati, mudahnya Gunasegaran mati, kedua-duanya mati ketika disoal siasat.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.