Friday, July 17, 2009

PM & Hadiah Ke-13nya Yang Paling Puaka & Celaka!!

View Image

Ketika menyambut hari ke-100 sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 hadiah untuk rakyat Malaysia. Baru semalam hadiah ke-12 menyusul apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk bas dan teksi.

12 hadiah dari PM nampaknya belum cukup bagi mengsengsarakan rakyat Malaysia. Hari ini BERNAMA melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, iaitu tarikh yang sama kenaikan tambang pengangkutan awam. Beliau berkata, kenaikan tarif letrik tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara. Jadi kenaikan tarif letrik itu jika dilaksanakan boleh dianggap sebagai hadiah ke-13 dari Perdana Menteri kepada rakyat sempena pemerintahannya yang telah melampaui 100 hari itu.

Jika hadiah ke-12 hanya mengsengsarakan pengguna pengangkutan awam, hadiah ke-13 ini bakal mengsengsarakan hampir kesemua rakyat negara ini kerana hampir kesemua rumah di Malaysia menggunakan bekalan letrik TNB.

Angka 13 itu sendiri bagi sesetengah orang dianggap sebagai angka puaka dan celaka, angka yang cuba dihindari hingga untuk mendapatkan plat nombor 13 dari JPJ tidak memerlukan persaingan sengit seperti nombor-nombor tertentu terutama yang membabitkan angka 8. Justru, hadiah ke-13 dari Najib untuk rakyat ini boleh dianggap sebagai hadiah yang paling puaka dan paling celaka. Mana tidak puaka dan celakanya, kerana kenaikan tarif letrik itu akan menjadi pemangkin kenaikan-kenaikan lain, terutama harga barangan yang bakal membebankan pengguna yang nafasnya sedang semput dijerut oleh ketidak tentuan ekonomi negara yang belum pulih ini.

Jika pada minggu hadapan kabinet meluluskan kenaikan tarif letrik ini, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana belas ihsannya yang tergamak memberi rakyat hadiah ke-13 paling puaka dan paling celaka itu!!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

toyu said...

memang puaka dan celaka serta pelaqq.... huh...

Naruto sensei said...

Ni lah puak Taik..

One kepala bapak Najib

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/sprm-dan-pdrm-jangan-main-taik.html

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.