Tuesday, July 14, 2009

Jika BN Menang Majoriti 1 Undi...


Keputusan rasmi kemenangan Pas dalam PRK Manek Urai dengan majoriti 65 undi sudah diketahui sejak jam 8.40 malam. Tapi TV3 cuma memaparkan di nota kaki berita mendebarkan itu pada jam 9.30 malam. Maknanya selepas 50 minit baru mereka yang bergantung berita dengan siaran TV mengetahui berita yang penuh suspens itu.


Seperti biasa jika yang menang dalam PRK ialah PR, ia hanya akan dipaparkan di nota kaki TV sahaja. Itu pun tidak lama, lebih kurang 3 minit saja paparan itu.

Bayangkan jika BN menang, tak kisahlah dengan majoriti 100, 10 atau 1 undi pun, pasti TV memaparkan berita itu dalam pendekatan yang berbeza. Ia pernah berlaku sebelumnya (sebelum PRU ke-12) - ketika lazimnya BN akan mumncul sebagai pemenang dalam setiap PRK. Ketika itu, sebaik saja keputusan rasmi diketahui bahawa BN menang, siaran TV akan dihentikan seketika untuk membawa penonton ke dewan penjumlahan undi. Lalu dipaparkan pengumuman rasmi keputusan PRK oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang menyatakan BN menang sambil lensa kamera menyoroti saat-saat bersejarah kepada calon BN yang menang itu.

Tapi yang menang malam ini ialah Pas. Seperti PRK-PRK sebelum ini yang dimenangi oleh PR, ia tidak menjadi berita penting kepada TV, kerana TV kita bukanlah memaparkan berita penting rakyat, ia cuma memaparkan berita penting untuk BN. Kerana itulah tiada siaran langsung bila PR menang. Kerana itulah jika BN menang dengan 1 undi sahaja, layanannya berbeza, ada siaran langsung.

Apapun, tahniah kepada Pas kerana menang. Tahniah juga kepada BN kerana berjaya menambah 889 undi berbanding PRU-12.

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Isa said...

Salam Pendekar,

Betui sangat apa yang hang katakan tu... depa semua telah di didik dan di asuh supaya taat kepada UBN saja.

Salam perjuangan, silalah melawat ke blog hamba pula.

pendikar gunung kriang said...

Terima kasih, blog hang yang selalu panas dan terangkat itu memang best dan selalu hamba ikuti.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.