Thursday, July 9, 2009

Khir Toyo Jawab Di DUN Macam Doktor Gigi Cap Ayam!!



BERNAMA melaporkan sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini hangat dengan isu mahligai mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

Isu itu mula dibangkitkan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mempersoalkan kemampuan Khir untuk memiliki dua lot tanah dan mahligai itu.

Beliau secara sinis berkata mungkin Dr Mohamad Khir mempunyai begitu ramai pelanggan di klinik giginya di Kajang yang menjadi sumber pendapatan beliau semasa sebelum menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menjawab pendapatan daripada klinik giginya adalah tinggi kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencabut gigi tetapi juga perkhidmatan kosmetik pergigian. Beliau memberi contoh harga kos implan gigi adalah tinggi iaitu RM40,000 ke RM50,000 bagi satu implan gigi. Malah katanya sebelum beliau menjadi Menteri Besar beliau sudah memiliki Mercedes Benz.

Saya nak tergelak dengan jawapan Khir itu. Memanglah kos rawatan gigi di klinik swasta adalah tinggi. Tampalan, cabutan, apa lagi implan dikenakan bayaran yang tinggi berbanding kos rawatan yang dikenakan oleh klinik gigi kerajaan. Sebab itulah orang ramai lebih suka mendapatkan rawatan pergigian di klinik kerajaan berbanding swasta, apa lagi di zaman kemelesetan ekonomi ini.Lagi pun berapa kali sangatlah seseorang itu mendapatkan rawatan gigi dalam setahun, berbanding sakit biasa - demam, batuk, cirit-birit dan lain-lain yang diperolehi di klinik biasa? Dan implan gigi, berapa ramai orang yang pernah melakukannya seumur hidup mereka? Kebanyakan kita tidak pernah melakukan implan gigi seumur hidup!

Oleh itu apabila Dr Khir kata dia boleh menjadi kaya raya dengan menjadi doktor gigi swasta, ia sangat menghairankan. Saya sendiri pernah berjiran dengan seorang doktor gigi swasta yang berkata bidang itu tidak boleh buat banyak duit seperti kilinik kesihatan lain. Sudahlah peralatannya mahal, pelanggan pula tidak ramai kerana kos rawatan yang dikenakan tinggi. Doktor gigi swasta hanya bergantung kepada pelanggan tetap yang kebanyakannya golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi yang telah menjadi pelanggan tetap mereka sejak sekian lama. Sebab itulah bidang pergigian tidak popular berbanding perubatan am di kalangan pelajar universiti kerana mereka tahu prospeknya.

Dan dakwaan Khir ketika dia menjadi doktor gigi mampu pakai mercedes, apa kena mengena dengan soalan mengenai mahligai mewahnya itu? Siapa pun boleh pakai mercedes, apa lagi jika ia mercedes bukan versi terbaru. Yang penting ada sedikit wang pendahuluan membayar pinjaman! Abang ipar saya yang cuma menjadi kerani cabuk gred N17 di jabatan kerajaan pun mampu memakai mercedes, apa hendak hairannya? Walaupun dia bukan doktor gigi dan mercedesnya pun mercedes lama, tapi ia tetap mercedes juga. Bila orang tanya abang iapar hang yang kerja kerani cabuk tu pakai kereta apa, pasti saya akan jawab dia pakai mercedes (walaupun cuma mercedes model lama)!

Dengan kata-kata lain jawapan Khir Toyo dalam DUN Selangor hari ini banyak yang tidak relevan. Lain ditanya, lain dijawabnya. Ditanya mengenai mahligai, dijawabnya mengenai cerita mercedes dan implan gigi. Alahai.... macam jawapan doktor gigi cap ayam!!

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

toyu said...

Salam Tuan PGK.

ermmm... para penduduk sekitar Adun dia ada dapat bantuan rawatan pergigian dia dak? cuba suruh dia buka klinik gigi dia di kawasan Adun dia tengok. Toksah lah dok kampoi cari duit sangat aihhh... Tak kemana pun... pi mai pi maaii dok skandal dan isu juga...

nasib baik la dia ni tak dapat naik lagi dlm kerjaya politik dia... kalu tidak hancoq abih org org melayu yg tak sepesen dgn dia....

pendikar gunung kriang said...

Itulah feel orang-orang politik kita ni. Bila dibawa isu mahligai, dia bandingkan dengan mercedes, BMW, porche dia. Tidak pula dia teringat tentang kebajikan yang dilakukannya dulu dan kini. Tidak pula dia teringat tentang perkhidmatan gigi percuma atau implan gigi percuma kepada warga tua, ibu tunggal atau keluarga miskin di DUNnya. Alahai....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.