Wednesday, July 1, 2009

Lepas Manek Urai, Pilihanraya Kecil Padang Serai Pula?

http://media1.malaysiakini.com/75/3b6bcbbca69a0322bc93ae04105cb7cd.jpg

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini mendakwa menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Gobalakrishnan mendakwa, sms pertama diterima beliau kira-kira pukul 12.47 tengah malam tadi manakala yang kedua pada pukul 6.48 pagi ini.

Katanya, sms yang pertama berbunyi "Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha".

Sementara itu, dalam sms kedua yang diterimanya pula tercatat "Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX."

Golabakrishnan berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap pihak polis dapat menjamin keselamatan beliau dan keluarganya.

"Pihak polis sudah datang ke Parlimen pada jam 11.45 pagi tadi dan yakin ini bukan sms gurauan berikutan tiada penerangan lanjut mengenainya daripada si pengirim itu.

"Apabila saya cuba menghubungi talian itu semula, ia masuk ke peti pesanan suara.

"Saya tidak ingin perkara seperti ini meningkat di Manek Urai nanti dan jika ia berlaku satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dijalankan lagi," katanya di lobi Parlimen, hari ini.


pendikar gunung kriang: Menteri Dalam Negeri jangan memandang ringan terhadap ugutan bunuh terhadap Gobalakrishnan itu. Jika ancaman itu benar-benar terjadi, lepas Manek Urai, satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Parlimen Padang Serai pula. Nama Malaysia akan terkenal ke seluruh dunia kerana ia melibatkan tokoh politik, apa lagi tokoh politik itu adalah orang kanan sebuah parti pembangkang yang sedang meningkat popularitinya. Dan yang paling mendukacitakan jika pilihanraya kecil diadakan, kemungkinan besar BN akan tewas lagi. Oleh itu kepada Hishamuddin, jagalah Gobala baik-baik, jangan biarkan dia diapa-apakan....

1 comment:

Baginda Reformasi said...

hahaha sib baik lam tepon kate tembak pakai pistol... kalau lam tepon tu depa sms aku rodok ngan keris msti tergolak2... jg baik-baik ek hishamudin.... :)

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.