Friday, July 10, 2009

Manek Urai: Menteri MCA Diboikot Masyarakat Cina, Calon PAS Disambut Meriah!!

Kedatangan menteri-menteri ke Manek Urai tidak dihiraukan oleh masyarakat di sini. Timbalan Perdana Menteri yang sering berulang alek dengan helikopter dari Kuala Lumpur tidak dipedulikan oleh penduduk tempatan, ceramahnya tidak sampai 100 orang yang menghadirinya, sekiranya tidak ada penyokong-penyokong BN dari luar, kerusi yang disediakan kosong.

Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya sempat beberapa ketika sahaja di Manek Urai Lama, dia sendiri mengakui payah nak dapat sokongan dari penduduk tempatan, sehingga sekarang, ketua Wanita UMNO tidak lagi nampak kelibatnya di Manek Urai. Menteri Pelancongan , Dr Ng Yeng Yeng datang berkempen di rumah penduduk keturunan Cina di Kampung Manek Urai Lama juga mengalamai nasib yang sama apabila tidak dihiraukan tuan rumah dan ahli keluarganya. Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke rumah Ong Guan Chong yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Tuan rumah tidak mahu keluar menemuinya walaupun mereka sesama orang Cina.

Berbeza sekali apabila calon PAS Abe Uji berkunjung pula ke rumahnya sehari selepas itu, kehadirannya disambut oleh Ong atau Pak Chong, malahan Pak Chong menghimpunkan seluruh ahli keluarga besarnya untuk turut menyambut Abe Uji. Pak Chong merupakan pengurus pasukan Seri Muay (tomoi) yang ramai pelatih-pelatihnya orang Melayu. Abe Uji diberi penghormatan besar oleh Pak Chong dan ahli keluarganya.

Pengundi Cina di Manek Urai hanya berjumlah 51 orang, namun sokongan mereka tetap diperlukan, Pak Chong memberi jaminan semua pengundi Cina akan menyokong Abe Uji. Pak Chong mengakui walaupun beliau tidak rapat dengan Abe Uji sebagaimana rapatnya beliau dengan arwah Paksu Wil, tetapi cerita-cerita tentang keramahan, kemesraan dan kebaikan Abe Uji telahpun didengari sebelum ini lagi, sikap yang ada pada Abe Uji hampir menyamai Paksu Wil yang penduduk Manek Urai sangat sayangi itu.

(Sumber: KedahLanie)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.