Monday, July 6, 2009

Manek Urai: Tengahari Janji, Tengahari Yang Sama BN Mungkiri!!

pas candidate and leaders manek urai by election nomination day 060709 27










Tengahari tadi, saya terlihat berita 1.00 tengahari di TV1. Seperti yang dijangka, berita pertama yang disiarkan ialah perjalanan penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Pas yang diwakili bendahari Pas Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50.


Saya rasa lega apabila dalam temubual RTM dengan Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang tersiar dalam segmen berita itu, kedua-dua calon menyatakan ikrar untuk berkempen secara bersih. Sepanjang melihat perjalanan pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, ia banyak dicemari oleh pelbagai insiden yang menunjukkan betapa tidak bersihnya pilihanraya kita. Oleh itu saya gembira jika pilihanraya kecil Manek Urai berjalan bersih seperti yang dijanjikan kedua-dua calon.

Tapi sedang rasa lega menguasai diri, RTM menyiarkan pula temubual dengan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketika calon BN, Tuan Aziz berjanji untuk berkempen secara bersih, TPM 1Malaysia ini menunjukkan sikap sebaliknya. Ketika disoal peluang BN untuk menang beliau kelihatan berkata BN memang ada peluang untuk menang jika jentera BN dapat menjelaskan kepada pengundi perjuangan parti itu dan kelemahan Pas. Selain dari itu jentera parti juga perlu menjelaskan kepada pengundi sikap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selalu 'berpandangan serong' yang tidak sesuai dengan pemikiran pengundi.

Bagi saya jika kita menyebut nama seseorang personaliti dan menyatakan keburukannya, ia adalah contoh serangan peribadi. Dan serangan peribadi adalah anatara contoh perjalanan pilihanraya yang tidak bersih.

Tidak lama lepas itu RTM menyiarkan temubual dengan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil pula. Seperti 'boss'nya, dia juga menyerang Pas dengan menyatakan parti itu hidup dengan retorik dan ceramah, tapi tidak membuat kerja.

Begitulah BN. Tengahari janji hendak kempen bersih dan tengahari yang sama mula menyerang Pas. Tengahari BN janji, dan tengahari yang sama mereka memungkiri janji. Hingga tengahari ini RTM belum siarkan kempen tidak bersih Pas. Justru, saya boleh membuat anggapan Pas masih bersih, tetapi BN sudah nampak tidak bersih menerusi kenyataan Muhyiddin dan Shahrizat.

~ pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

apa la bodo sgt ko punya entry ni... bapak nyer bodoh... maksud kempen bersih tu x mau wat fitnah, menipu atau bergaduh... mcm org PAS selalu wat ngok!!! cakap je islam, tapi fitnah truk dari KAFIR...

budak perak said...

tpm dgn shahrizat ckp kat beria td 2 bkn fitnah ker

toyu said...

selalunya gitu la depa. baik dlm apa perkara apa pun... dok cam tu la.... mengkala org len kata.. suma salah.. hanya depa ja yg berkata tak salah..... akan selamalah la begitu....

jadi, dok pebetui lagu mana pun dok herot juga la...

pendikar gunung kriang said...

budak perak & toyu,

Lazimnya setiap kali tiba musim pilihanraya, media kita terutama TV sarat dengan bahan berita fitnah yang melucukan & meloyakan. Terhibur juga lihat fitnah-fitnah yang melucukan itu yang mungkin dapat meyakinkan kanak-kanak tadika yang belum layak mengundi. Tapi bagi manusia yang dilengkapkan dengan akal, rasa lucu oleh fitnah-fitnah melulu itu beralih jadi rasa mual dan loya.

Harap-harap kali ini TV kita tidak buang tabiat lagi dengan fitnah-fitnah yang meloyakan itu. Nanti tak cukup baldi untuk menahan muntah.....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.