Sunday, July 12, 2009

Muhyiddin: Undilah Parti Cap Lidah Biawak!

http://www.hong.web.id/wp-content/uploads/2009/04/a389_tongue.jpg

Pemimpin 1Malaysia itu selalu kata rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Itu kata masa mula-mula pemimpin 1Malaysia itu jadi PM dan kemudia ndiulang-ulang sebagai lagu thema pemimpin-pemimpin BN lain. Bila tiba pilihanraya kecil Manek Urai, antara janji BN menerusi pemimpin 1Malaysianya ialah berkempen secara bersih. Makna pilihanraya bersih bukan setakat tak kacau kempen orang lain, tidak pukul dan bunuh orang, tidak pecahkan kereta orang, tapi juga tiada unsur sogokan, kerana sogokan @ rasuah adalah juga sebahagian dari jenama cap tahi yang sungguh kotor itu.


Dan hari ini BN membuktikan di Manek Urai, kedua-dua slogan itu diterbalikkan sekaligus apabila TPM, Tan Sri Mahyuddin Yassin menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai Selasa ini.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN," kata Mahyuddin.

"Kalau tidak (pangkah), esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Apa ini, kata rakyat didahulukan, yang dok sogok-sogok tu rakyat didahulukan atau rasuah didahulukan? Jika rakyat didahulukan menang atau kalah bukan keutamaan, keutamaan ialah keperluan rakyat. Bila rakyat Manek Urai memerlukan jambatan itu, mengapa perlu ada syarat-syaratnya? Baru beberapa bulan mereka mencanangkan rakyat didahulukan, hari ini mereka telah membuktikan jawatan wakil rakyatlah yang didahulukan.

Apa ini, kata hendak adakan pilihanraya bersih, tapi bersih apa jika ada unsur sogokan, dan sogokan itu bukan nilainya 7 sen tapi RM10 juta! Baru tidak sampai 10 hari mereka bercakap mengenai pilihanraya bersih, tiba-tiba hari ini wajah mereka menampakakkan jeliran lidah bercabang seekor biawak!

Hari ini pengundi Manek Urai yang belum membuat keputusan boleh menimbangkan parti mana yang akan dipilih dalam pilihanraya 2 hari lagi itu. Jika mereka percaya kepada kejujuran, pilihlah parti yang memperjuangkan kejujuran, tapi jika percaya kepada helah, muslihat dan bercakap bagai lidah cap biawak, pilihlah parti cap lidah biawak.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.