Saya nak tergelak membaca kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai cabaran Menteri Besar Kudeta Perak, Dr Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.
Seperti dilaporkan BERNAMA, ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak. Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.
"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambry) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.
~pendikar gunung kriang



7 comments:
kahkahkah..padan muka mugabe oiiii
Nampaknya tok guru org PAS tak pandai menjawab. Terpaksa putar belakang ..
Pegang lilin pun bising! Bila pergi ke majlis Kaum tertentu degan memakai topi diperbuat dengan daun, bulu burung dan di kalung dengan bunga la tak mengapa?
Kan Islam menggalakan individu ilmuannya seperti Zamry melakukan ijtihad? Kalu tak berani, lakukanlah secara jamaah seperti kata Yusof al-Quradawi. Kalau nak cepat tanyalah mufti Harussani. Atau, pada pendapat Zamry pitu ijtihad sudah tertutup rapat. Mkasud saya, kenapa Zamri sendiri tidak keluarkan hujah Islam mengapa tindakan Nizar memegang lilin itu salah dari segi akedah? Saya menunggu jawapanmu Zamry.
tlg paham beza adat dan ibadat dulu sblm persoal..
org melayu yg mengaku Islam pn pasang pelita masa malam 7 likur tu..ada Islam ajar..psag pelita bukan ajaran hindu ke?kalo nak bising..gi bising kat org2 yg pasang pelita tu...
kah..kah..kah..nak pekena last2 terkena..kah..kah
i'm no king
ermm.. tu la.. kalu kata hat org tu kan men pakat dok hingaq canang... dlm dok sengap sengap tu berhajat juga nak sound kat org.. huh...
Post a Comment
Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.