Wednesday, July 8, 2009

PPSMI : Terima Kasih Pengundi Manek Urai!!!

View Image

Ramalan saya seperti yang dimuatkan dalam blog saya semalam memang benar: sains dan matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu sempena pilihanraya kecil Manek Urai!! Kabinet hari ini membuat keputusan maha berat apabila meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing. TPM,Tan Sri Mahyuddin yang membuat pengumuman itu juga menyatakan kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

Syukur alhamdulillah, akhirnya dasar pendidikan kita kembali kepada asal. Syukur alhamdulillah juga kerana tidak sia-sia kita beramai-ramai berarak atas jalan raya tempohari, dikejar polis dan ditembak dengan gas pemedih mata yang memeritkan itu demi memartabatkan kembali bahasa ibunda. Dan syukur alhamdulillah juga kerana adanya pilihanraya kecil Manik Urai yang telah mempercepatkan kerajaan membuat keputusan yang sangat-sangat berat bagi mereka itu!!!

PPSMI akhirnya mansuh. Terima kasih rakyat Malaysia kepada pengundi Manek Urai!!!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.