Wednesday, July 1, 2009

Rumah Sembelih Babi: Umno Penat-Penat Lulus, Pas Robohkannya Pula!!

http://1.bp.blogspot.com/_sQPPRn5aZEw/SffCtPeLB_I/AAAAAAAAAfs/KXW59k2jLJw/s320/pigs+farm+conten.jpg

Saya agak lewat mendengar berita DAP keluar PR Kedah yang diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su, petang tadi. Saya cuma mendengarnya lepas solat Maghrib di surau dari seorang ahli seumur hidup Pas komuniti perumahan kami. Apabila mengetahui puncanya hanya kerana perobohan rumah penyembelihan babi, saya agak terkejut mendengarnya (Sejak bila babi disembelih macam lembu, kerbau, kambing dan ayam?).

Setahu saya (mungkin saya silap dengar) ada understanding dengan kerajaan negheri Kedah agar rumah penyembelihan ini dipindahkan ke suatu penempatan komuniti Cina-Siam di Pendang. Ini kerana rumah penyembelihan di Kampung Berjaya yang telah dirobohkan itu sudah lama menjadi isu yang mencabar sensitiviti orang Islam kerana ia terletak berdekatan pasar awam yang majoriti pengunjungnya ialah komuniti Islam. Jika sudah ada persetujuan begitu (untuk dipindahkan ke Pendang), mengapa DAP menjadikannya sebagai isu?

Saya juga hairan mengapa DAP Kedah cepat sangat bertindak, tiba-tiba saja buat keputusan tanpa merujukkannya dengan Jawatankuasa Pusat parti itu terlebih dahulu. Kata orang Kedah macam tak dan-dan...cepat sangat melatah!

Sebenarnya isu rumah penyembelihan babi ini bukan isu baru, ia telah bertunjang sejak Umno yang memerintah Kedah meluluskan projek itu puluhan tahun dulu lagi. Walau telah lama memerintah, Umno yang selalu menganggap dirinya sebagai kuasa superior parti-parti politik BN dan juara kepentingan Melayu gagal menyelesaikan keluh kesah masyarakat Islam dalam isu rumah penyembelihan babi ini. Sebaliknya Pas yang baru berkuasa setahun lebih dan sering dilabel Umno sebagai kuda tunggangan DAP dapat melakukannya dalam tempoh yang begitu singkat!

Dalam hati saya tertanya-tanya: apa komen pemimpin Umno Kedah mengenai perobohan rumah penyembelihan babi itu? Marah berapi-apikah mereka kerana projek yang diluluskan Kerajaan BN yang dipimpin Umno itu dirobohkan pula oleh kerajaan PR Kedah yang dipimpin oleh Pas?

~ pendikar gunung kriang

3 comments:

Baginda Reformasi said...

tak pernah berlesen pn kandang tu... cane le lepas selama 30tahun terbina selama ini dibawah KERAjaan umngok? persoalan tu.... makan duit kandang ke selama nih? persoalan lagi...

kah! kah! kah! berite yg tak kuar TV1-TV9

Sari berita tak penting............
Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.

Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.

Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.

Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.

Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.

“Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.

“Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.

“Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.
sumber: Suara Keadilan

pendikar gunung kriang said...

Apa nak herannya, nama pun Say Fool, tindakannya pun fool-fool jugalah, kan?

Anonymous said...

rumah sembelihan babi nak pindah ke pendang?

di kawasan non-muslim atau di kawasan muslim?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.