Saturday, July 4, 2009

Sejak Bila PKR Lantik Professor Kangkung Tu Jadi Jurucakapnya?

Nak tergelak saya mendengar pelbagai analisis dari mereka yang kononnya 'penganalisis politik'. Pihak media yang ketandusan idea lalu mengutip kata-kata 'penganalisis politik' ini sebahgai bahan berita mereka. Yang seronoknya ialah 'penganalisis politik' ini bercakap seolah-olah mereka jurucakap sesebuah parti tertentu, sedangkan mereka cuma professor kangkung yang tidak pernah pun bergiat dalam parti tersebut. Terbaru ialah Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak yang berkata beliau tidak hairan jika selepas ini PKR pula yang mahu meninggalkan Pakatan Rakyat Kedah kononnya mereka juga menghadapi nasib yang sama seperti DAP (Kenyataannya itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim yang berkata partinya tidak akan meninggalkan PR Kedah)

"Lepas ini, PKR pula akan tunjukkan belangnya kerana tidak tahan dengan cara PAS yang mengetepikan mereka dalam membuat keputusan. Kedua-dua parti itu hampir tiada peranan kerana walaupun Kedah dikuasai Pakatan tetapi sebenarnya hanya PAS yang memerintah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sejak bila pula professor kangkung anak buah Tan Sri Nordin Kardi itu dilantik PKR menjadi jurucakap parti itu? Sejak bila professor kangkung yang selalu bercakap sebiji macam bossnya yang sangat pekat semangat Umnonya itu memahami perjuangan PKR dan menyelami arus perjuangan parti itu? Kepada Sang Professor Kangkung, dia boleh berlagak seperti Nujum Pak Belalang di depan pelajarnya, tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan ramalan lucunya adalah satu perkara lain.

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

seketika dulu kita digemparkan dengan dr apake namanya...zainal,sekarang muncul plak prof.tilek nasib apo kono eh jang 1malaysia tak bodoh lai!!!

Anonymous said...

UUM - 1 point untuk 1 profesor kangkung. Nanti kita tengok universiti mana yang paling banyak point untuk menjuarai Ranking Universiti Profesor Kangkun (UPK).

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.