Thursday, July 9, 2009

Semoga Allah Lindungi ADUN Galas Yang Sedang Uzur


BERNAMA melaporkan ADUN PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaiman, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau telah menghubungi Che Hashim semalam dan bertanya khabar mengenai keadaan ADUN itu. Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim pula, beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

Kepada penyokong Pas dan PR, doakan agar Allah menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh ADUN Galas itu. Walaupun kanser yang dihadapinya di tahap empat - tahap terakhir - namun kuasa Allah melakukan keajaiban kepada hambaNya pernah berlaku. Oleh itu marilah kita berdoa untuk Che Hashim Sulaiman supaya Allah melindunginya dari sel kanser yang memang sangat ganas itu....

~ pendikar gunung kriang

3 comments:

Sayanik said...

Semoga Allah menyembuhkan beliau. Abg saudara saya pun ada kanser paru-paru tahap 4 dan perlu menjalani kemoterapi. Oleh kerana kos yg terlalu mahal, dia berubat dengan seorang ustaz yg boleh menyembuhkan(insyaAllah) kanser di Sentul esok. Tapi, syaratnya tidak boleh buat kemo terlebih dahulu.

pendikar gunung kriang said...

Sayanik,

Tips sdr mengenai perubatan Islam itu boleh disebarkan kpd saudara mara ADUN Galas dan saudara seIslam lain yang menghadapi dugaan yang sama, insyaallah...

Sayanik said...

Setelah menjalani rawatan tersebut alhamdulillah. abg sedara sdh semakin sihat. Kalau kita kenal, beliau ialah Dato Prof Dr Raden Johari Mansur. Perubatan alternatif yang terkenal dan bnyk menteri berubat dengan beliau. Untuk Kuala Lumpur,

NO 20-2, Jalan 14/48A, Sentul Raya Boulevard Business Centre, 51000 Sentul, KL

Tel: 03-4042-1328

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.