Wednesday, July 1, 2009

TPM Mengadap Sultan Untuk Pembubaran DUN Perak Hari Ini?




Sumber 1 - (http://siyasahsyariah.blogspot.com/)

Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.

Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling tadah kepada PKR.

Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.


Sumber 2 - (http://perakexpress.blogspot.com/)

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok (hari ini - Rabu) untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN. Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.


Sumber 3 - Detik hati saya:

Saya masih was-was dengan berita ini. Khuatir berita-berita tersebut cuma sebahagian dari gugusan berita-berita tidak sahih dari pasaran berita angin. Khuatir kesudahannya adalah seperti yang lepas-lepas juga - kerajaan negeri di bawah MB tidak sah itu terus berkuasa! Tapi sekiranya ia berita benar, syukur alhamdulillah, kerana akhirnya rakyat Perak diberi peluang menentukan masa depan mereka sendiri kerana bukankah rakyat perlu didahulukan dalam negara 1Malaysia ini?

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.