Friday, July 3, 2009

TV3 Mabuk Babi Hingga Tersilap Sebut Nama!!



Tentunya antara berita yang paling panas dibincangkan kini ialah mengenai DAP Kedah yang dikatakan berundur dari PR. Terbaru, satu-satunya ADUN DAP dalam DUN Kedah dari Kota Darulaman, Lee Guan Aik mengisytiharkan dirinya bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong PR Kedah.

Tentulah berita mengenai DAP Kedah itu sangat menggembirakan BN. Turut terkena tempias kegembiraan ialah media pro-BN. Jika sebelum ini mereka gembira dengan idea kerajaan perpaduan dan berminggu-minggu tiada kisah lain dalam TV melainkan isu kerajaan perpaduan, kini isu DAP keluar PR Kedah dan isu rumah penyembelihan babi Kampung Berjaya pula yang sudah dua tiga hari dimainkan oleh media termasuk TV kita. Tiba-tiba saja rumah penyembelihan babi itu menjadi popular kepada media. Mujurlah belum terdengar ada petugas media BN yang membawa balik runtuhan rumah sembelihan babi itu untuk dibuat azimat!

Tiba-tiba saja kini tokoh-tokoh DAP Kedah yang dahulu tidak pernah diberi muka oleh pihak media termasuk TV kini setiap hari wajah mereka terpampang di TV. Tiba-tiba saja mereka menjadi popular, semuanya hanya kerana rumah sembelihan babi!!

Yang seronoknya ialah kerana terlalu ghairah hendak bawa isu DAP dan rumah sembelihan babi, ada media kita yang tersasul ketika memnyampai berita. Contohnya Berita Perdana TV3 jam 8.00 malam tadi. Pembaca berita TV3 ketika membawa berita temubual dengan ADUN Kota Darulaman, Lee Guan Aik, tersilap sebut apabila Lee Guan Aik disebut sebagai Lim Guan Eng!! 10 minit kemudian, mungkin selepas ditegur kesilapannya, penyampai berita itu membuat pengumuman dan memohon maaf kerana tersilap menyebut nama dua pemimpin DAP yang berbeza.

Saya hanya ketawa ketika melihat kesilapan sang penyampai berita itu. Itulah TV3, kerana terlalu mabuk babi, nama pun tersilap sebut!!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.