Sunday, August 9, 2009

Betul Muhyiddin, Dia Memang Pengkhianat Melayu!!





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Melayu yang dibuktikan menerusi beberapa tindak tanduknya selama ini. Memang betul Tan Sri, dia adalah pengkhianat Melayu. Dia memang pengkhianat Melayu, dia memang pengkhianat Melayu, dia memang pengkhianat Melayu!
Dia yang diberi nama UMNO itu diberi masa setengah abad untuk membantu Melayu, tapi dia lebih banyak mengkhianati Melayu demi kuasa dan memenuhkan kantung diri dan kroninya!!


BETUL MUHYIDDIN, DIA MEMANG PENGKHIANAT MELAYU!!


Betul katamu, Muhyiddin memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu

setengah abad diberi tampuk kuasa
tapi dia pengkhianat Melayu
ekuiti Melayu masih di takuk gitu-gitu juga

kerana mereka songlap harta negara atas tiket Bumiputra

kantung mereka merempah ruah, kantung kita tiris kosong

mereka tidur dalam mahligai agam penuh kemegahan
kita tidur dalam teratak usang penuh kedukaan
mereka berbelanja bagai nak rak di luar negara
kita bernafas semput ketika rezeki semakin susut.


Betul katamu, Muhyiddin
memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu

setengah abad diberi tampuk kuasa

Bahasa Melayu hanya arca hiasan

mesyuarat kabinet Bahasa Inggeris

mesyuarat di pejabat Bahasa Inggeris
wawancara diTV Bahasa Inggeris

pengumuman di pasaraya Bahasa Inggeris

kain rentang Bahasa Inggeris
Sains Matematik 6 tahun Bahasa Inggeris

nak ubah PPSMI ke Bahasa Melayu terkemut-kemut 3 tahun
precint, House of Justice, Bank Agro dan lain-lain
mana Bahasa Melayu, mana Bahasa Melayu
kerana mereka nampak Bahasa Melayu tiada nilai komersil

Betul katamu, Muhyiddin
memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu

setengah abad diberi tampuk kuasa

Melayu mendepani Rekod Guiness Malaysia:

Melayu jaguh dadah

Melayu jaguh rempit

Melayu jaguh buang anak haram

Melayu jaguh korupsi
Melayu jaguh lepak kosong

Melayu jaguh ragut
Melayu jaguh dan jaguh
Melayu jaguh segalanya yang bernama buruk dan keji.


Betul katamu, Muhyiddin memang dia pengkhianat Melayu
memang dia pengkhianat Melayu
setengah abad diberi tampuk kuasa

UMNO lebih banyak bercakap dari melakukannya
memang UMNO pengkhianat Melayu

dan Melayu akan pastikan

pengkhianat itu tidak akan bernafas lagi dalam PRU ke-13
kerana dia memang pengkhianat Melayu!!


~ pendikar gunung kriang

4 comments:

Yb Raz said...

umno bukan pengkhianat sebaliknya anwarlah pengkhianat

toyu said...

Salam Tuan PGK

Amat menarik catatan dan makluman ini. Cukup sadis sekali dgn apa yg telah terjadi. Senang2 saja main cop mcm tu. Pakat bekepoidok pulun menyokongkan ia.

Apa yang aku tau la... Apa yang telah depa perjuangkan utk rakyat melayu ni... apa dia???? Pakat dok penaboh melayu tu ada la... bayangkan dah lima plo thn dah dok takbir ... tadak paa yg dok bleh pi bangga pun... org melayu koi dok teruk lagi ada la... tu pun depa dok kata prestasi depa baguihh... huhhh

tambah2 lagi melayu 1Malaysia nih.. lagi haru... ntahappahappaa ntah... mcm2 la pakat dok takek melayu... huh...

sungguh malangnya rakyat melayu 1Malaysia kalu masih lg mempertahankan ia...

pendikar gunung kriang said...

yb ruz,

Sejarah tidak pernah berdusta. Hanya si-pengkhayal dan tukang penglipur lara yang percaya dengan metos Umno itu hero Melayu!!

toyu,

Jom kita hanyutkan pengkhianat Melayu yang telah setengah abad menipu kita itu ke Selat Melaka dan Laut China Selatan!!

Anonymous said...

haha....mcm sial...
jom hanyutkan diorg...
korang2 xde kt tmpt diorg leh ckp...
anwar laknat,muhydn laknat...haha
cube korang duk smggu ngn diorg...
bkn sume bnda kte bt,org ske wlupun baik, mcm 2 jgk bkn sume org laen bt, kte ske wlupun baik...
(aku pn x btl nk ckp org plak..haha)

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.