Wednesday, August 5, 2009

Maafkan Saya, Maafkan Saya!!!

Assalamualaikum kepada semua yang bersiaran di blog ini,

Terlebih dahulu saya memohon seribu kemaafan kerana sudah lama tidak menulis di blog kerdil ini. Bagi sebilangan kecil pengikut blog ini tentu ada yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang diri sejak dua minggu lepas? Sebenarnya saya sihat walafiat, cuma saya sangat tidak kecukupan masa dalam tempoh dua minggu ini bukan saja untuk menulis, malah menjenguk ke alam siber yang telah menjadi ketagihan saya sejak bertahun-tahun dahulu pun tak sempat. Bukan saja tidak kecukupan masa untuk menulis, malah membuka komputer pun tidak sempat. Berita di TV pun hanya sesekali sempat menonton, kerana banyak masa saya selama 2 minggu ini ialah dalam kenderaan berulang alik dari setempat ke setempat. Satu-satunya saluran sumber berita yang menghubungkan saya dengan dunia luar selama dua minggu ini ialah berita radio yang sangat singkat siarannya itu!

Saya tidak kecukupan masa untuk bersiaran di alam siber adalah kerana saya terlibat dalam satu operasi khas yang belum masanya untuk diceritakan di sini. Operasi itu mungkin memakan masa sebulan lebih dan dijangkan akan selesai sebelum bulan Ramadhan ini. Walau bagaimanapun keadaan sudah agak sedikit 'reda' kini dan saya sudah ada sedikit masa untuk mencuri-curi masa membuka komputer dalam tempoh yang sangat terhad. Dalam tempoh sekarang hingga operasi itu selesai sepenuhnya kelak, saya akan cuba menghidupkan kembali blog saya ini, walaupun mungkin tidak semeriah dahulu.

Jadi dalam 'tempoh kecederaan' ini, harap pengikut blog ini dapat memaafkan saya. Sehingga operasi khas ini selesai nanti, saya mohon maaf atas ketidak hadiran saya menyokong dan memeriahkan suara nurani rakyat di sekitar kita. Maafkan saya, maafkan saya dan doakan segalanya kembali seperti dahulu dengan segera......

~ pendikar gunung kriang

5 comments:

Pak Oncu said...

ikut suko ekau lahhh Jang!!!!!!!!!!!

toyu said...

Salam Tuan PGK...

hhuhuhuhuhu.. patutla lama dok usha tgk tadak pa pa update pun dlm ni.. hingatkan dah kena tumbuk ngan geng mic ekoran dari posting terakhiaq tu... hehehehhe.. dok tunggu tunggu dari sari ke sari tadak juga.... ni baru ada norhh....

kot mana pun... segala apa yg tuan usahakerjakan semoga beroleh kejayaan...

dan juga semoga akan kembali bersiaran posting lagi nanti naa....

pendikar gunung kriang said...

Pak Oncu & Toyu,

Terima kasih kerana sokongan anda yang masih setia mengikuti blog ini.

AKU ANAK GURUN said...

ingat sdr sakit ke apa ka , buat apa tu sampai kalam kelibut hambat masa. sabaq no jangan bagi membar tertanya2 lain kali cuitlah sikit atau tilieh bagi salam pun takpa

pendikar gunung kriang said...

aku anak gurun,

Terima kasih kerana masih ingatkan saya.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.