Sunday, September 27, 2009

Apa Lagi Yang Depa dan Hanpa Nak Buat Di Selangor Lepas Ni?


Sejak beberapa hari ini kisah hikayat SELCAT (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) tiba-tiba heboh 1Malaysia. Ia menjadi kian heboh bila banyak pihak yang gila memperagakan suara mereka bercakap mengenai isu itu. Ia bermula dengan dakwaan Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin baru-baru ini yang menuduh Selcat menimbulkan drama politik dan memalukannya dalam siasatan mengenai salah guna peruntukan kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum tahun lepas. Lepas itu ramailah lagi yang bercakap mengenainya - Dato' Dr Hasan Ali, Nasrudin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS), Dr Dzulkifli Ahmad (AJK Pas Pusat), Teng Chang Kim (Pengerusi Selcat), Datuk Dr Maamor Osman (Setiausaha Agung PPIM) dan ramai lagi yang bercakap.

Tiba-tiba, seolah-olahnya Selcat telah menjadi isu besar yang bakal memecah belahkan persepakatan PR Selangor. Sebelum ini juga banyak juga isu yang didakwa media arus perdana bakal memecah belahkan PR Selangor, malangnya ia tidak menjadikan PR pecah dan hanyut. Kini isu Selcat pula digembar gemburkan.

Teruk kaedah siasatan Selcat hingga PR boleh tumbang di Selangor kerananya? Ia hanya bermula dengan kenyataan Pegawai Daerah (DO) Klang yang mendakwa terdera mindanya dengan kaedah siasatan Selcat. Ironinya yang mendakwa mindanya didera oleh Selcat cuma tuan DO seorang itu saja. DO-DO lain yang turut dalam prosiding soal siasat itu tidak dengar berkata apa-apa pun.

Saya secara peribadi tidak kenal DO yang bernama Bakhtiar Hussin itu. Tapi dia mesti pegawai tinggi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Bukan calang-calang orang yang berani memegang jawatan DO ini. Biasanya hanya mereka yang tahan diuji mindanya saja menjawat jawatan DO. Ini kerana dalam sesuatu daerah, DO adalah pegawai yang paling berkuasa, dialah pengerusi jawatankuasa pembangunan, dialah pengerusi jawatankuasa keselamatan, dialah pengerusi majlis itu majlis ini di peringkat daerah, sehingga jatuh bangunnya sesuatu daerah orang lazimnya akan memandang kepadanya.

Bukan sesuatu yang luar biasa DO dikritik dalam mesyuarat di peringkat daerah dan negeri yang dihadirinya. Bukan sesuatu yang luar biasa juga DO dipanggil dan disiasat oleh audit, Jawatankuasa Kira-kira Negeri, malah membantu siasatan SPRM dalam sesuatu isu. Kaedah audit, Jawatankuasa Kira-Kira Negeri dan SPRM siasat pun boleh tahan hebatnya, ramai yang merah telinga dan ada kes yang saya dengar terpaksa gunakan khidmat bomoh sebelum menghadapi siasatan. Namun hampir tidak pernah didengari, ada DO atau ADO (Penolong Pegawai Daerah) yang melenting dan sensitif dengan prosedur siasatan yang dilaluinya hingga mengadu kepada media. Kebanyakannya melihat ia sebagai suatu perkara biasa, suatu asam garam dalam tugas-tugas DO yang begitu rencam dan pelbagai itu. Tapi Tuan Bakhtiar ini lain pula nampaknya. Tiba-tiba saja dia naik angin dan mengadu kepada media mengenai layanan yang diterimanya. Berbeza sekali dengan Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Seklangor, Tukiman Nail yang menerima anugerah penyapu dari Khir Toyo kira-kira 2 tahun lepas. Ia suatu tragedi yang memalukan, tapi Tukiman begitu profesional, menerima hadiah itu dengan senyuman dan apabila media mewawancaranya, tidak pula dia kelihatan melenting atas anugerah yang begitu biadap dari seorang MB itu.

Mungkin antara Tukiman, DO-DO lain di Selangor yang disiasat oleh Selcat dan Bakhtiar berbeza. Mereka, kecuali Bakhtiar, mungkin manusia yang tahan uji, profesional dan bukan jenis manusia manja. Mereka, kecuali Bakhtiar, mungkin pegawai PTD yang berpengalaman menghadapi asam garam kehidupan seorang pegawai tinggi kerajaan yang sentiasa terdedah kepada kritik awam.

Yang hairannya, mengapa hanya kerana seorang Bakhtiar, Selangor tiba-tiba seperti hendak runtuh? Dan yang bertambah hairan lagi mengapa tiba-tiba ramai yang hendak menjadi hero dalam isu yang nampak seperti biasa dan tidak ada apa-apa itu? Atau isu Selcat itu hanya mainan media kita yang masih ternanti-nanti kejatuhan sebuah lagi kerajaan negeri PR selepas Perak?

Yang saya masih ternanti-nanti ialah: apa lagi di Selangor selepas ini? Apa lagi yang depa (BN) nak buat dan apa lagi yang hanpa (PR) nak buat bagi membantu BN menjatuhkan kerajaan negeri PR?

~ pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

depa kita tau sapa..yg hangpa tu aku sakit hati sangat..nama hangpa tu si Hassan Ali!!!dia punya level la ni dah lebih tinggi dari Ibrahim Ali..Ali jugak!!!

Pak Oncu said...

Bakhtiar Hussin itu dah terlalu BANYAK MAKAN TAHI PALAT UBN ,,,,,, tu lah pasal dio merapu,,,,,, pongoq dah mulo paneh ,,,,,,,!!!!!!!!

anakpahang said...

PELANDUK MUDAH LUPA DENGAN JERAT,TETAPI JERAT TIDAK LUPA DENGAN PELANDUK.

Mengapa tiba-tiba SELCAT menjadi ancaman kepada Hassan Ali dan penasihat-penasihat separuh masak tu.

Adakah penasihat-penasihat Hasan Ali itu benar-benar teruji ketulenannya,keteguhan dan kepercayaan terhadap PR.

ATAU mereka adalah MOZAIT yang menyelinap untuk menjatuhkan Selangor dan menadikan Selangor sebagai PERAK DARUL RIDHWAN.

Bukan membat persepsi melulu, tetapi mengapa ianya menjadi agenda besar sedangkan PR sedang berdepan dengan ujian yang lebih besar di DUN BAGAN PINANG.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.