Tuesday, September 22, 2009

Salam EidulFitr Yang Terlewat

Sehingga kini masalah streamyx di kediaman baru saya masih belum selesai. Fedup betul. Sehari sebelum Raya, TM kata talian streamyx dah okey, tapi bila cuba buat connection, masih tak dapat. TM janji akan cuba atasi lepas cuti panjang EidulFitr (Alamak....kena tunggu sampai Raya Haji pula kot!!)
Sekarang saya menulis guna laptop isteri yang brok bandnya benar-benar macam berok kena belacan, melompat-lompat sekejap ada, sekejap tak ada (Lebih banyak tak ada, dari ada).
Apapun, saya ingin mengucapkan Salam EidulFitr untuk semua mereka yang masih mengunjungi blog ini. Harap ia bukan Salam EidulFitr yang terlewat, ketika sebahagian kita yang pulang ke kampung telah mula bersiap-siap untuk menamatkan percutian kita. Kepada yang sedang berpuasa enam, diucapkan selamat berpuasa. Kepada yang sedang memandu, berhati-hati memandu. Kepada yang bakal membuat rumah terbuka sempena EidulFitr, lakukannya secara sederhana. (Bercakap mengenai rumah terbuka ini, saya akan berada di rumah terbuka YAB Menteri Besar Kedah di Mentaloon pada hari Khamis ini. Jumpa di sana.......)
Harap kita bertemu lagi di siaran akan datang, selepas segalanya pulih seperti sediakala.
- pendikar gunung kriang

3 comments:

armouris said...

makan-makan beraya tu jangan pulak sampai sakit perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, info tentang keracunan makanan ada kat sini - Keracunan Makanan

AKU ANAK GURUN said...

SALAM AIDULFITR MAAF ZAHIR BATIN, HARI KHAMIS SAYA ZIARAH SAUDARA DI BACHOK KELANTAN, KALAU ADA RUMAH TERBUKA DISANA BOLIHLAH SAYA HIMPIT-HIMPIT CARI KAWAN DISANA.

SELAMAT MENULIS DAN TERUS MENULIS

Anonymous said...

PGK....masih tak sihat lagi ke talian hang? Tak tahan nak tengok posting hang niiih....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.